awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google ubah fikiran, aplikasi YouTube akan tiba ke Vision Pro

Amanz
Amanz
06/02/2024
14:27 MYT
Google ubah fikiran, aplikasi YouTube akan tiba ke Vision Pro
Google dilihat telah mengubah fikiran dan menyatakan aplikasi YouTube khas untuk Vision Pro kini di dalam perancangan mereka. - Gambar/ Amanz
APPLE Vision Pro adalah set kepala pengkomputeran spatial yang menggunakan teknologi realiti gabungan.
Ia juga adalah antara set kepala paling canggih di pasaran dan harganya mencecah sehingga belasan ribu ringgit.
Sebelum Vision Pro dilancarkan, beberapa syarikat telah mengumumkan yang mereka tidak akan mengeluarkan aplikasi khas untuk Vision Pro.
Antaranya adalah Netflix, Spotify, YouTube dan beberapa lagi. Antara sebabnya adalah jumlah pengguna yang masih tidak ramai.
Netflix dan Spotify turut menyatakan walaupun visionOS dibina berasaskan iPadOS, aplikasi mereka tidak akan disokong pada platform baharu Apple ini dan pengguna harus menggunakan Safari.
Terbaru, Google dilihat telah mengubah fikiran dan menyatakan aplikasi YouTube khas untuk Vision Pro kini di dalam perancangan mereka.
Tiada sebarang tarikh diberikan, tetapi wakil YouTube iaitu Jessica Gibby memberitahu mereka turut teruja dengan Vision Pro dilancarkan.
Kandungan video 360-darjah dan VR oleh YouTube dikatakan tidak disokong pada Vision Pro.
Aplikasi untuk YouTube ini tidak pasti akan membenarkan dua format video ini disokong pada set kepala Apple atau hanya akan membawakan pengalaman menonton di dunia imersif maya sahaja. - Amanz
Topic Berkaitan
#Google
#Apple Vision Pro
#YouTube
#Netflix
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan