awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gosens belum tentukan masa depan selepas menyerlah dalam Euro 2020

Astro Arena
Astro Arena
05/07/2021
01:54 MYT
Gosens belum tentukan masa depan selepas menyerlah dalam Euro 2020
Gosens melakukan penampilan pertamanya dalam skuad senior Jerman pada September lalu. - Foto Stadium Astro
PERTAHANAN Atalanta, Robin Gosens, tidak sedar mengenai sebarang minat daripada Barcelona untuk mendapatkannya tetapi berkata dia kini terbuka untuk membincangkan mengenai sebarang perpindahan selepas kempen Jerman dalam Euro 2020 berakhir.
Pertahanan sayap kiri itu merupakan antara pemain yang cukup menyerlah dalam Euro 2020 di mana dia menghasilkan satu gol dan satu bantuan jaringan ketika Jerman menewaskan Portugal 4-2 di peringkat kumpulan.
Hanya Joakim Maehle, Thomas Meunier dan Luke Shaw merupakan pemain pertahanan yang lebih banyak terlibat dengan gol (tiga kali) berbanding Gosens dalam edisi kali ini.
Gosens melakukan penampilan pertamanya dalam skuad senior Jerman pada September lalu tetapi segera memperoleh tempat dalam kesebelasan utama pasukan itu sebaik membintangi kempen Atalanta sepanjang musim 2020-21.
Dengan 11 gol dan enam bantuan jaringan yang dihasilkannya, Gosens menduduki tangga teratas dalam senarai pertahanan paling banyak terlibat dengan jaringan dalam Serie A.
Prestasi itu mula meniupkan khabar angin bahawa Barcelona berminat untuk mendapatkan khidmatnya sebagai persediaan bagi menggantikan Jordi Alba.
"Baik, kami akan melihatnya bermula sekarang, sepanjang Kejohanan Eropah, saya memberitahu bapa (dan ejen) saya untuk membiarkan hanya saya menguruskan perkara ini," kata Gosens kepada Sport1.
"Kini, saya sudah kembali ke rumah, saya akan berbincangan dengannya dan melihat sama ada terdapat sesuatu dalam program saya.
"Saya tidak menipu apabila saya katakan yang saya tidak tahu apa-apa ketika ini.
"Seluruh fokus saya hanya untuk Euro. Apabila ada sesuatu yang berlaku, kita akan lihat," katanya.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Robin Gosens
#barcelona
#perpindahan
#Euro2020
#Jerman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan