awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GPO Thailand tingkatkan pengeluaran kanabis gred perubatan

Bernama
Bernama
24/08/2022
05:44 MYT
GPO Thailand tingkatkan pengeluaran kanabis gred perubatan
Sebanyak 12 rangkaian komuniti akan berganding bahu dengan perusahaan tempatan untuk menanam dan menuai kanabis yang memenuhi piawaian GPO. - Gambar fail
BANGKOK: Pertubuhan Farmaseutikal (GPO) Thailand akan meningkatkan penanaman kanabis gred perubatan yang digunakan untuk menghasilkan produk minyak biji hem.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan Awam memaklumkan sebanyak 12 rangkaian komuniti akan berganding bahu dengan perusahaan tempatan untuk menanam dan menuai kanabis yang memenuhi piawaian GPO.
"GPO telah bekerjasama rapat dengan Yayasan Projek Diraja dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Tanah Tinggi (Pertubuhan Awam) untuk menghasilkan produk minyak biji hem bagi menyokong dan menjana pendapatan komuniti luar bandar," menurut kenyataan itu.
Sehingga kini, terdapat dua produk minyak biji hem hasil keluaran GPO di pasaran iaitu teh hem dan SIBANNAC Hemp Seed Oil Bedtime Lip Care.
Kementerian memaklumkan GPO merancang untuk melaksanakan penanaman kanabis secara tertutup seluas 100 meter persegi di tapak baharu di daerah Nong Yai, Chonburi.
"GPO juga merancang menambah keluasan ladang di Pathum Thani kepada 1,000 meter persegi, dan dijangka menghasilkan 5,000 pokok kanabis dalam tempoh setahun serta 1,000 kilogram tunas dan bunga setiap tahun," menurut kenyataan itu.
Pada 9 Jun, Thailand menjadi negara Asia Tenggara pertama yang membenarkan penanaman dan pemilikan kanabis untuk tujuan perubatan.
Mengikut tradisi masyarakat Thailand kanabis digunakan untuk melegakan kesakitan dan kelesuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanabis
#Thailand
#biji hem
#perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan