awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Greece dalam krisis kebakaran teruk

Astro Awani
Astro Awani
25/07/2023
00:15 MYT
Greece dalam krisis kebakaran teruk
Seorang lelaki cuba memadamkan kebakaran yang tercetus di Lindos, Greece. - Foto AP
RHODES: Kebakaran hutan yang berlaku selama seminggu di pulau peranginan Greece, Rhodes memaksa lebih banyak pemindahan orang awam dilakukan.
Ia susulan angin kencang dan gelombang haba yang menyebabkan kawasan semak belukar dan hutan kering mencetuskan tiga kebakaran besar marak di kawasan persekitaran.
Sementara itu, penduduk di kawasan terjejas turut membantu usaha memadamkan kebakaran dengan menggunakan penyodok, dahan pokok, alat pemadam api dan tuala.
Manakala, bantuan terus tiba dari Kesatuan Eropah dan beberapa negara lain.
Antara bantuan yang diberikan termasuk penggunaan pesawat pemadam kebakaran dari negara jiran Turki yang turut menyertai usaha pemadaman kebakaran di Rhodes.
Menurut jurucakap kerajaan Pavlos Marinakis, purata sebanyak 50 kebakaran hutan telah berlaku setiap hari sejak 12 hari lalu di Greece, manakala, pada Ahad lalu, 64 kebakaran baharu direkodkan.
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#pemindahan orang awam
#semak belukar
#hutan kering
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan