awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Putera Harry bidas Trump: “Pengorbanan tentera NATO di Afghanistan wajar dihormati”
PM Itali mahu calonkan Presiden Trump untuk Hadiah Nobel Keamanan
UPSR tidak akan dikembalikan - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS, Greenland & Denmark adakan perbincangan pertama selepas Trump ubah pendirian

Bernama
Bernama
23/01/2026
22:10 MYT
AS, Greenland & Denmark adakan perbincangan pertama selepas Trump ubah pendirian
Menteri Luar Denmark, Lokke Rasmussen turut mengumumkan pembentukan satu kumpulan kerja bagi mencari penyelesaian terhadap isu Greenland. - Gambar fail Reuters
COPENHAGEN: Mesyuarat pertama antara pegawai Denmark, Greenland dan Amerika Syarikat (AS) diadakan di Washington susulan pengumuman Presiden Donald Trump minggu ini yang beliau tidak akan menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan pertikaian berkaitan wilayah Artik itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Bercakap kepada pemberita di Copenhagen pada Jumaat, Menteri Luar Denmark, Lars Lokke Rasmussen tidak mendedahkan siapa yang terlibat dalam perbincangan yang berlangsung sehari sebelumnya itu, menurut agensi berita Ritzau.
Lokke Rasmussen turut mengumumkan pembentukan satu kumpulan kerja bagi mencari penyelesaian terhadap isu Greenland.
"Kami tidak akan memaklumkan bila mesyuarat itu akan diadakan, kerana apa yang diperlukan sekarang adalah untuk mengurangkan ketegangan berhubung perkara ini," kata menteri Denmark itu sambil menekankan keperluan untuk satu "proses yang tenang".
Dalam satu pengumuman mengejut pada Rabu, Trump memberitahu Forum Ekonomi Dunia di Davos yang beliau tidak akan menggunakan kekerasan untuk memperoleh Greenland, selepas sebelum ini enggan menolak kemungkinan tersebut.
Beliau juga menarik balik ancaman untuk mengenakan tarif hukuman terhadap negara Eropah yang menentang hasratnya berkaitan Greenland.
Trump berkata, satu rangka kerja bagi perjanjian masa depan mengenai Greenland dan keseluruhan wilayah Artik diwujudkan semasa mesyuarat dengan Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Denmark
#Greenland
#Amerika Syarikat
#perbincangan
#penyelesaian isu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan