Skip to main content

Dunia

GSF 2.0: Ireland desak EU bertindak tegas terhadap Israel selepas tahan misi flotila

Harris (foto) menyifatkan tindakan terhadap ahli misi yang ditahan secara haram itu sebagai amat menjijikkan serta menegaskan perbuatan berkenaan tidak seharusnya dibiarkan tanpa sebarang akibat perundangan. -Foto Facebook
Harris (foto) menyifatkan tindakan terhadap ahli misi yang ditahan secara haram itu sebagai amat menjijikkan serta menegaskan perbuatan berkenaan tidak seharusnya dibiarkan tanpa sebarang akibat perundangan. -Foto Facebook
Advertisement

DUBLIN: Timbalan Perdana Menteri Ireland, Simon Harris, mendesak Kesatuan Eropah (EU) memberi tindak balas tegas dan jelas susulan tindakan kerajaan Israel menahan ahli misi kemanusiaan Sumud Flotilla, termasuk beberapa warga Ireland, di perairan antarabangsa.

Menerusi hantaran di platform X, beliau menyifatkan tindakan terhadap ahli misi yang ditahan secara haram itu sebagai amat menjijikkan serta menegaskan perbuatan berkenaan tidak seharusnya dibiarkan tanpa sebarang akibat perundangan.

 

Advertisement

 

Harris berkata kecaman semata-mata tidak lagi mencukupi untuk menangani insiden itu, yang disifatkannya sebagai satu lagi pencabulan jelas terhadap undang-undang antarabangsa.

Advertisement

Sehubungan itu, beliau mengulangi gesaan Ireland supaya aspek perdagangan di bawah Perjanjian Persatuan EU-Israel digantung serta-merta, sambil menegaskan sudah tiba masanya untuk Eropah mengambil tindakan tegas.

Must Watch Video

Advertisement