Seorang wanita kudung mencipta sejarah apabila memiliki lesen juruterbang pertama di Amerika Syarikat.
Jessica Cox, 36 tahun, dari Phoenix, dilahirkan orang kelainan upaya (OKU) berjaya menerbangkan pesawat menggunakan kedua kakinya.
Bukan itu sahaja, Jessica melakukan rutin harian termasuk bermain piano, memandu kereta dan mendapat tali pinggang hitam dalam seni mempertahankan diri taekwondo juga menggunakan kakinya.
Menerusi laporan CNN, doktor menjelaskan, kedua belah tangannya tidak terbentuk ketika berada di dalam rahim ibunya dan ketika imbasan dilakukan, tiada sebarang masalah.
“Ibu saya hamil normal. Namun, mereka terkejut, ketika saya dilahirkan kedua-dua tangan saya tiada," katanya.
Cox memberitahu, mungkin kelahiran itu dikenali sebagai Amelia iaitu kecacatan jarang berlaku apabila tangan tidak terbentuk.
Bekas penuntut dari Universiti Arizona pada 2005, memberitahu, dia mahu menjadi insan normal dan melakukan apa sahaja yang diminati.
"Saya sering diberitahu, saya tidak dapat melakukan sesuatu kerana keadaan saya seperti ini tetapi saya berfikir sebaliknya.
"Saya mahu menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda dan memberi galakan supaya berani berdepan ketakutan masing-masing. Ini kerana apa yang saya jalani kini, memberi kesan luar biasa kepada orang lain," katanya.
Agensi
Sun May 26 2019
Cox berjaya memiliki lesen juruterbang pertama di Amerika Syarikat. Gambar kecil, Cox ketika kanak-kanak. - Foto CNN
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guna kaki terbangkan pesawat
Jessica Cox dilahirkan orang kelainan upaya berjaya menerbangkan pesawat menggunakan kedua kakinya.