GUNDAM Factory Yokohama ialah tarikan pelancong khususnya di kalangan peminat siri anime Mobile Suit Gundam.
Pelawat dapat melihat sendiri sebuah Gundam RX78-2 pada skala penuh bergerak seakan ia robot sebenar sejak ia dibuka pada tahun 2020.
Selepas hampir empat tahun, Gundam Factory Yokohama diumumkan akan ditutup pada 1 April depan.
Tiket terakhir telah mula dijual di Jepun dengan tarikh akhir untuk melawat Gundam Factory Yokohama ialah pada 31 Mac.
Sebenarnya Gundam Factory Yokohama pada asalnya hanya akan beroperasi selama beberapa bulan sahaja. Tetapi pandemik serta sambutan luar biasa oleh peminat menyebabkan penutupannya ditangguh ke tahun ini.
Masih tidak diketahui apakah yang akan berlaku kepada robot Gundam RX78-2 apabila tarikan itu ditutup.
Terdapat cadangan dalam kalangan peminat untuk membuka Gundam Factory di lokasi lain di Jepun atau membawanya mengembara ke seluruh dunia bagi mereka yang tidak sempat pergi ke Jepun. - Amanz
Amanz
Tue Feb 27 2024
Selepas hampir empat tahun dibuka, Gundam Factory Yokohama diumumkan akan ditutup pada 1 April depan. - Gambar/ Gundam Factory Yokohama
Liputan Haji: Bakal fokus kepada cabaran dan kebajikan jemaah wanita
Bagi petugas media mewakili Astro AWANI, untuk tahun ini, musim 1445 hijrah, yang terpilih ialah Editor dan Penerbit Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Salim bersama 12 yang lain daripada agensi media.
IMF lulus pembiayaan dana AS$1.1 bilion kepada Pakistan
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin meluluskan pembiayaan segera dana bantuan bernilai US$1.1 bilion kepada Pakistan.
Laporan Bank Dunia perlu dipandang serius
Laporan Bank Dunia yang memberi gambaran membimbangkan berkenaan sistem pendidikan Malaysia perlu diambil serius.
[TERKINI] CEO Microsoft dijadual bertemu Anwar pada Khamis
Lawatan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Satya Nadella ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Anwar jumpa PM Qatar, sedia bantu Palestin
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan Qatar dan negara lain di rantau Asia Barat bagi memberikan rawatan kepada rakyat Palestin yang cedera akibat keganasan rejim Zionis.
[TERKINI] Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap kepimpinan Kerajaan Arab Saudi berkaitan urusan hal ehwal umat Islam, termasuk konflik Palestin-Israel.
Konflik, bencana alam paksa lebih 4.1 juta kanak-kanak tidak bersekolah di Ethiopia Utara - PBB
Konflik dan bencana alam telah memaksa lebih 4.1 juta kanak-kanak tidak bersekolah di Wilayah Amhara Ethiopia.
Pantau Belanjawan: Keperluan reformasi segera sistem pendidikan Malaysia
Pensyarah Sekolah Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Prof Madya Dr Abdul Halim Abdullah membincangkan keperluan rombakan sistem pendidikan negara selepas Bank Dunia melaporkan hanya 58% pelajar mahir membaca pada usia darjah 5.
ChatGPT tampil ciri Memory, ingat maklumat penting
Apabila perbualan dilakukan, pengguna ChatGPT Plus boleh memilih untuk menyimpan perbualan sebagai memori.
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Gundam Factory Yokohama akan ditutup April ini
GUNDAM Factory Yokohama ialah tarikan pelancong khususnya di kalangan peminat siri anime Mobile Suit Gundam.