awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung berapi di Kamchatka hambur abu setinggi 11.5km, amaran merah dikeluarkan

Bernama
Bernama
03/02/2026
15:10 MYT
Gunung berapi di Kamchatka hambur abu setinggi 11.5km, amaran merah dikeluarkan
Pada Isnin, letusan gunung berapi Shiveluch mengeluarkan abu sebanyak tiga kali, dengan ketinggian antara 6 hingga 11km. - Gambar fail/AP
PETROPAVLOVSK-KAMCHATSKY (Rusia): Gunung berapi Shiveluch di Semenanjung Kamchatka menghamburkan abu setinggi 11.5 kilometer (km) dari paras laut, sekali gus mendorong pihak berkuasa mengeluarkan amaran penerbangan tahap merah, menurut Pasukan Tindak Balas Letusan Gunung Berapi Kamchatka pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Ringkasan AI
  • Gunung berapi Shiveluch di Semenanjung Kamchatka meletus, hamburkan abu setinggi 11.5km dari paras laut, menyebabkan amaran penerbangan tahap merah dikeluarkan.
  • Letusan gunung berapi berterusan, mengeluarkan abu sehingga 12km di atas paras laut, mencetuskan ancaman kepada penerbangan antarabangsa dan pesawat terbang rendah.
  • Letusan berlaku pada waktu tempatan 2.51 petang, kod bahaya merah dikeluarkan, menandakan kesan serius terhadap trafik udara tempatan dan antarabangsa.

Pada Isnin, letusan gunung berapi Shiveluch mengeluarkan abu sebanyak tiga kali, dengan ketinggian antara 6 hingga 11km.
"Letusan letupan jenis ekstrusif gunung berapi itu masih berterusan. Letupan abu sehingga 12km ... (di atas paras laut) boleh berlaku pada bila-bila masa. Aktiviti berterusan ini boleh menyebabkan penerbangan antarabangsa dan pesawat terbang rendah," menurut kenyataan itu.
Letusan berlaku pada 2.51 petang waktu tempatan (03:51 GMT), menurut saintis. Kod bahaya warna merah dikeluarkan untuk penerbangan, menandakan ancaman kepada trafik udara tempatan dan antarabangsa.
Gunung berapi Shiveluch terletak kira-kira 50km di utara kampung Klyuchi dan kira-kira 450km dari bandar Petropavlovsk-Kamchatsky.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gunung berapi
#kamchatka
#shiveluch
#Petropavlovsk-Kamchatsky
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan