awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung Berapi Kelud meletus, sekurang-kurangnya 2 maut

Fuad Misbah
Fuad Misbah
13/02/2014
23:27 MYT
Gunung Berapi Kelud meletus, sekurang-kurangnya 2 maut
Antara penduduk sekitar Gunung Kelud yang dipindahkan di pusat pemindahan sementara - Foto AP
Selepas kejadian Gunung Sinabung meletus baru-baru ini, satu lagi gunung berapi di Indonesia meletus dan memuntahkan laharnya malam tadi.
Sekurang-kurangnya dua disahkan terbunuh. Kejadian juga memaksa ribuan penduduk yang berada di sekitar gunung berapi terbabit dipindahkan ke tempat selamat.
Menurut jurucakap agensi kecemasan nasional republik itu, Sutopo Purwo Nugroho, sehingga malam tadi, dianggarkan lebih 200 ribu penduduk dari 36 perkampungan sekitarnya telah diarahkan berpindah.
Gunung Kelud yang terletak di wilayah Kediri di Jawa Timur mula meletus pada pukul 10.50 malam (waktu Indonesia Barat). Kejadian itu disahkan oleh Ketua Pelaksana Bidang Pengamanan dan Penyelidikan Gunung Api, Kediri, Indonesia, Gede Suartika.
“Bunyi letusan letupannya sangat dahsyat,” katanya seperti dipetik pihak media.
Ketua Pusat Data Informasi dan Humas Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Dr. Sutopo Purwo Nugroho memberitahu hujan abu, pasir dan kerikil dijangka meliputi kawasan barat daya Gunung Kelud seluas 15 kilometer radius.
Menurut laporan Kompas.com, jarak pandang Gunung Kelud hanyalah 5km dari wilayah Wates, 40 kilometer dari kawah dan pada masa yang sama, Kota Kediri turut dilanda hujan lebat.
Beliau turut menasihatkan penduduk setempat agar berpindah keluar sejauh 10 kilometer radius dari kawasan tersebut dan tidak panik ketika berpindah ke penempatan sementara yang telah disediakan.
Gunung Kelud sebelum ini diletakkan sebagai gunung berapi aktif yang merbahaya dan amaran ia akan meletus telahpun dikeluarkan sejak Khamis lalu.
Gunung setinggi 1,731 meter itu telah meragut 15 ribu nyawa sejak 1500. Letusan pada tahun 1568 telah meragut 10 ribu nyawa.
Ia adalah satu daripada 130 gunung berapi yang masih aktif di Indonesia dimana ia terletak dalam lingkaran gunung berapi sekitar Lautan Pasifik.
Letusan Gunung Sinabung di Sumatera Barat awal bulan ini telah meragut 16 nyawa.
Topic Berkaitan
#gunung berapi
#Kelud
#lahar
#sinabung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan