Skip to main content

Malaysia

Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka

Sumber: Sinar Harian
Pelajar yang trauma dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk rawatan lanjut. - Gambar Sinar Harian

SUNGAI PETANI: Dua pelajar sebuah institut pendidikan guru (IPG)  ditemukan mati lemas selepas kayak dinaiki dipukul ombak di kawasan Pantai Merdeka di sini petang Sabtu.

Kedua-dua mangsa dikenal pasti pelajar lelaki dan perempuan berusia 20-an.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Kuala Muda,Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, anggota Balai Polis Tanjung Dawai menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian dua pelajar itu hilang semasa berkayak pada pukul 6 petang.

"Polis telah menggerakakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sambil dibantu nelayan tempatan.

"Mayat kedua-dua pelajar itu berjaya ditemui pada jam 7.30 malam tadi sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Difahamkan mangsa antara 33 pelajar lain sedang melakukan aktiviti kayak yang dianjurkan institut berkenaan.

Hanyan memaklumkan, setakat ini kes diklasifikasikan mati mengejut namun polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

 

Must Watch Video