DUNIA
Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, cetus amaran keselamatan

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG) telah menaikkan tahap amaran kepada Tahap Empat - yang tertinggi pada skala. - Gambar fail/Reuters
JAKARTA: Letusan kuat Gunung Lewotobi Laki-Laki di daerah Flores Timur, Indonesia pada Isnin mencetuskan amaran bahaya apabila abu tebal dan batu kerikil yang jatuh mengancam penduduk berhampiran.
Ringkasan AI
- Gunung berapi di Flores Timur meletus pada 7 Julai 2025, memuntahkan abu dan batu kerikil setinggi 18 km dari puncak, mencetuskan suasana gelap dan bahaya kepada penduduk sekitar.
- PVMBG menaikkan status gunung ke Tahap Empat (Awas) dan melarang sebarang aktiviti dalam radius 6 km dari kawah serta hingga 7 km di sektor barat daya hingga timur laut.
- Penduduk dinasihatkan menghentikan semua aktiviti berhampiran gunung, memakai pelitup muka, dan bersedia untuk berpindah jika keadaan bertambah buruk.
"Mereka yang terjejas akibat hujan abu dinasihatkan memakai pelitup muka atau menutup hidung dan mulut untuk mengelakkan bahaya pernafasan yang disebabkan oleh abu gunung berapi," menurut laporan itu.
Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG) telah menaikkan tahap amaran kepada Tahap Empat - yang tertinggi pada skala - dan menggesa penduduk serta pelancong mengelakkan semua aktiviti dalam radius enam kilometer dari kawah serta hingga tujuh kilometer di sektor barat daya hingga timur laut.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami