awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, cetus amaran penerbangan

Bernama
Bernama
16/04/2025
14:23 MYT
Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, cetus amaran penerbangan
Letusan itu menghamburkan debu setinggi 3,500 meter ke udara, dengan kepulan awan tebal berwarna kelabu. - FB Peter Rendezvous
JAKARTA: Gunung Berapi Lewotobi yang terletak di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, meletus pada Rabu sekali gus mencetuskan amaran penerbangan dan nasihat keselamatan, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi, lapor Xinhua.
Letusan itu menghamburkan debu setinggi 3,500 meter ke udara, dengan kepulan awan tebal berwarna kelabu bergerak ke arah barat dan barat laut dari kawah gunung tersebut.
Bagi mengurangkan risiko yang dibawa oleh debu gunung berapi, satu Notis Balai Cerap Gunung Berapi untuk Penerbangan telah dikeluarkan pada tahap jingga, iaitu amaran kedua tertinggi, yang melarang pesawat terbang di bawah ketinggian 5,000 meter di kawasan sekitar Gunung Lewotobi. Pesawat juga dinasihatkan supaya berhati-hati terhadap kehadiran abu gunung berapi yang boleh mengganggu penerbangan.
Untuk melindungi penduduk yang tinggal di lereng gunung daripada ancaman awan panas dan bahan piroklastik, pihak pusat telah mengeluarkan nasihat keselamatan. Penduduk, pelancong dan pengunjung dinasihatkan supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti dalam radius 6 kilometer dari gunung itu.
Komuniti yang tinggal berhampiran gunung berapi itu turut diingatkan akan kemungkinan berlaku aliran lahar yang boleh berlaku melalui sungai yang berpunca dari puncak gunung berapi apabila hujan lebat turun.
Penduduk di kawasan yang dijangka terdedah kepada taburan debu gunung berapi juga disarankan memakai pelitup muka bagi melindungi diri daripada bahaya kepada sistem pernafasan.
Gunung Lewotobi yang berketinggian 1,584 meter merupakan antara 127 gunung berapi aktif di Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gunung berapi
#Gunung Lewotobi
#amaran penerbangan
#Indonesia
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan