JAKARTA: Gunung Merapi yang terletak di sempadan wilayah Jawa Tengah dan Yogyakarta meletus enam kali pada Khamis dengan memuntahkan lahar sehingga 1.5 kilometer.
Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG) menggesa penduduk berhampiran supaya sentiasa berwaspada dan menasihatkan mereka tidak melakukan sebarang aktiviti dalam zon bahaya.
Menurut Ketua BPPTKG Yogyakarta, Agus Budi Santoso unjuran abu gunung berapi semasa letusan boleh menjangkau sehingga tiga kilometer dari puncak.
"Aliran lahar dan piroklastik menimbulkan ancaman kepada kawasan barat daya dalam lingkungan lima hingga tujuh kilometer dan tenggara dalam lingkungan tiga hingga lima kilometer," katanya dalam satu kenyataan.
Pemerhatian yang dijalankan oleh BPPTKG Yogyakarta dari tengah malam hingga 6 pagi waktu tempatan menunjukkan aliran lahar bergerak ke arah barat daya.
Pusat itu mengekalkan status Gunung Merapi pada Tahap III atau Amaran, menunjukkan risiko berterusan dari gunung berapi berkenaan
Merapi juga dikenali sebagai "Gunung Api" mempunyai ketinggian 2,891 meter.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
BPPTKG menggesa penduduk berhampiran supaya sentiasa berwaspada dan menasihatkan mereka tidak melakukan sebarang aktiviti dalam zon bahaya. - X @BPPTKG
Penyakit mulut bakal diberi keutamaan, dimasukkan dalam agenda NCD global
Penyakit mulut bakal menjadi keutamaan dan dimasukkan ke dalam agenda penyakit tidak berjangkit (NCD) yang baharu pada Mesyuarat Peringkat Tertinggi Keempat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai NCD 2025.
Kita mahu noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai -PM
Kerajaan bertekad mahu noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai tahun ini.
Pembangunan EV: Langkah ke hadapan cipta ekonomi lestari
Majlis Permeterain memorandum persefahaman, memorandum perjanjian serta surat niat, masing-masing antara SKS dan CRRC Corporation, serta Mara Liner dan SKS Coach Builders telah berlangsung baru baru ini.
AWANI Ringkas: Kuala Lumpur komited pupuk hubungan demi kemakmuran bersama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan terus komited pupuk hubungan dengan negara China
Kerajaan akan terus komited memupuk hubungan Malaysia-China demi kemakmuran rakyat dan masyarakat serantau.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan di platform X pada Jumaat berkata, beliau juga tidak sabar menunggu lawatan Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia semasa bagi meraikan ulangtahun yang ke-50 hubungan Malaysia-cChina.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan di platform X pada Jumaat berkata, beliau juga tidak sabar menunggu lawatan Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia semasa bagi meraikan ulangtahun yang ke-50 hubungan Malaysia-cChina.
[INFOGRAFIK] Hubungan Diplomatik Malaysia-China
Berikut adalah info berkenaan dengan hubungan diplomatik Malaysia-China.
Zoo Melaka sasar 5,000 pengunjung sempena program MBLM esok
Zoo Melaka menyasarkan kemasukan kira-kira 5,000 pengunjung sempena pelaksanaan Program Melaka Bila Larut Malam (MBLM) bermula esok, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin
Malaysia-China komited terus kukuhkan hubungan diplomatik
Pertemuan itu sempena lawatan rasmi beliau yang pertama ke republik berkenaan bermula 22 Mei hingga esok.
Siri akan lebih bijak kawal aplikasi, lakukan pelbagai tugasan pada iOS 18
Sebagai contoh ia boleh diarahkan untuk memindahkan kedudukan fail, memadam emel dan melakukan kesimpulan untuk dokumen tertentu.
Penyakit mulut bakal diberi keutamaan, dimasukkan dalam agenda NCD global
Penyakit mulut bakal menjadi keutamaan dan dimasukkan ke dalam agenda penyakit tidak berjangkit (NCD) yang baharu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gunung Merapi meletus lagi
Aktiviti Merapi sedikit meningkat sejak beberapa minggu lalu, tetapi ia bukan luar biasa bagi gunung berapi tersebut.
Gunung Merapi Indonesia meletus, ratusan penduduk dipindahkan
Gunung Merapi di Indonesia meletus pada Rabu menyebabkan lebih 250 penduduk sekitar terpaksa berpindah mencari tempat perlindungan sementara selepas ia mula memuntahkan laharnya.
Gempa 5 magnitud gegar Yogyakarta
Satu gempa bumi kuat menggegarkan kepulauan di Yogyakarta awal pagi ini.
Gunung Merapi meletus, sembur debu dan kepulan asap 2,000 meter ke udara
Kejadian yang berlaku kira-kira 150 saat itu berjaya dirakam pusat pemantauan yang memaparkannya secara langsung di saluran YouTube.