PENGURUS Aman Palestin Cawangan Temerloh, Ahmad Nu’man Mazlan memaklumkan seorang wartawan iaitu Muhammed Al-Salhi telah meninggal dunia.

Berita itu dimaklumkan Nu’man menerusi hantaran di aplikasi X miliknya hari ini.

Menurut Nu’man, wartawan itu syahid dalam perang semasa membuat liputan mengenai Palestin melibatkan konflik negara itu dengan Israel.

Bukan hanya sekadar wartawan, Allahyarham juga merupakan guru di sekolah al-Quran Malaysia yang dikenali sebagai Maahad Tahfiz Malaysia di Gaza.

“As-Syahid Muhammed Al-Salhi, seorang wartawan yang telah syahid dalam perang terkini bukan sekadar wartawan yang mengambil liputan perihal Palestin.

“Tetapi beliau juga merupakan guru di Malaysia Quran School Gaza, sekolah yang dibina oleh para penyumbang Aman Palestin,” maklumnya.


Dalam pada itu, netizen juga mengucapkan takziah dan mendoakan keselamatan mangsa yang lain.

“Innalillahi wainna ilaihi rajiun. By the way baru tahu ada proper sekolah Malaysia di Gaza, ya rasa bangga sangat dengan negara sendiri,” @jonsnow

“Kematian yang dicemburui. Alhamdulillah, gapai syahid dan syurga buat mu wahai pejuang…” @faiz88_sf

Terdahulu, sekolah tersebut dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia dan dibuka secara rasminya pada 2017 dengan kos bernilai RM4.3 juta.

Ia terletak berhampiran kawasan kem pelarian Nusierat di tengah Gaza dengan bangunan tiga tingkat berkeluasan lantai 4,500 meter persegi dan disempurnakan Wakil Kementerian Pendidikan Palestin, Dr Mohd Seyam Abu Hammam.

*Artikel asal yang disiarkan di Gempak