awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guterres khuatir dengan dakwaan terdapat penggunaan senjata kimia di Syria

Bernama
Bernama
09/04/2018
21:15 MYT
Guterres khuatir dengan dakwaan terdapat penggunaan senjata kimia di Syria
Guterres menyeru semua pihak menghormati hak-hak asasi dan kemanusiaan antarabangsa, termasuk akses kepada mereka yang memerlukan, seperti termakstub dalam resolusi-resolusi Majlis Keselamatan. - Gambar fail
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, pada Sabtu telah melahirkan kebimbangan serius berhubung dakwaan penggunaan senjata kimia di Syria, lapor agensi berita China Xinhua.
Stephane Dujarric, jurucakap Guterres, berkata setiausaha agung itu amat bimbang dengan keganasan intensif dan berulang yang berlaku di Douma dalam tempoh 36 jam terakhir selepas berada dalam keadaan tenang.
Beliau berkata setiausaha agung terkejut dengan dakwaan bahawa senjata kimia telah digunakan ke atas orang awam di Douma, yang terletak di timur Ghouta.
"Meskipun PBB tidak dapat mengesahkan laporan ini, setiausaha agung berkata sebarang penggunaan senjata kimia, jika disahkan, adalah menjijikkan, dan memerlukan satu siasatan yang menyeluruh. Adalah penting orang awam dilindungi.
"Setiausaha agung menyeru semua pihak menghormati hak-hak asasi dan kemanusiaan antarabangsa, termasuk akses kepada mereka yang memerlukan, seperti termakstub dalam resolusi-resolusi Majlis Keselamatan," katanya dalam satu kenyataan.
Aktivis pembangkang dan penyelamat berkata sekurang-kurangnya 40 orang di Douma, kubu kuat terakhir pemberontak di timur Ghouta, telah maut akibat gas klorin yang digunakan oleh tentera kerajaan Syria.
Kerajaan Syria telah menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai rekaan semata-mata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Antonio Guterres
#Douma
#Ghouta
#PBB
#Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
#senjata kimia
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan