awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival kira detik ambang tahun baharu buka tirai Tahun Melawat Malaysia 2026
Fahmi ingatkan rakyat manfaat teknologi secara bijak sempena tahun baharu 2026
Helikopter Super Lynx TLDM mendarat cemas di perairan Pantai Klebang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

H&M, Nike diboikot selepas persoal buruh paksa di Xinjiang

Astro Awani
Astro Awani
27/03/2021
06:44 MYT
H&M, Nike diboikot selepas persoal buruh paksa di Xinjiang
Walaupun beberapa kedai fizikal H&M masih kekal di China, jenama itu hampir lenyap di pasaran e-dagang dalam talian negara itu, serta dalam aplikasi e-hailing. - Reuters
JENAMA-JENAMA fesyen terkemuka termasuk H&M dan Nike dikecam di China selepas menimbulkan kebimbangan tentang penggunaan buruh paksa dalam industri kapas di Xinjiang, menurut laporan BBC.
Dalam laporan media tempatan, lebih 30 selebriti China termasuk Wang Yibo dan Zhang Yixing telah menamatkan kerjasama dengan jenama-jenama global susulan kontroversi kapas itu tercetus dan sekatan terhadap China ditingkatkan.
Sejak minggu lalu, beberapa pegawai kerajaan tertinggi di Xinjiang berdepan sekatan daripada negara-negara Barat, termasuk United Kingdom dan Amerika Syarikat.
“Kami menghantar mesej paling jelas kepada kerajaan China - bahawa masyarakat antarabangsa tidak akan mengabaikan pelanggaran hak asasi manusia yang serius dan sistematik ini.
“Kami akan bertindak supaya dapat mempertanggungjawabkan pihak yang terlibat,” kata Setiausaha Luar UK Dominic Raab.
Pada awalnya, boikot hanya disasarkan terhadap H&M dan Nike, namun kini melibatkan beberapa jenama global lain.
Walaupun beberapa kedai fizikal H&M masih kekal di China, jenama itu hampir lenyap di pasaran dalam talian negara itu, serta dalam aplikasi e-hailing.
H&M antara jenama pertama yang meragui penggunaan buruh paksa dalam industri kapas Xinjiang.
Jenama buatan Sweden itu mengeluarkan satu kenyataan tahun lepas, namun boikot hanya dilancarkan sejak minggu lalu, dipercayai susulan sekatan daripada negara-negara Barat terhadap pegawai kerajaan China.
Kemudian, jenama-jenama lain yang terlibat dengan Better Cotton Initiative (BCI), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mempromosikan pengeluaran kapas secara mampan, turut terkena tempias mendepani kecaman di China.
Antara jenama fesyen terlibat termasuk Burberry, Adidas, New Balance, Puma dan Tommy Hilfiger.
Pada Oktober lalu, BCI umum telah menggantung aktiviti di Xinjiang serta pengeluaran lesen kapas di wilayah itu.
Baru-baru ini, laporan BBC mendakwa ratusan ribu etnik Uighur dan etnik minoriti lain menjadi mangsa buruh paksa dalam pengeluaran kapas di Xinjiang.
Kerajaan China bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa pekerja di Xinjiang bekerja atas kehendak sendiri.
“Senyuman kesemua kumpulan etnik Xinjiang adalah tindak balas terbaik terhadap penipuan dan khabar angin yang dikeluarkan Amerika,” kata kementerian luar China dalam kenyataan kepada BBC.
Topic Berkaitan
#Xinjiang
#China
#Uighur
#h&m
#Nike
#adidas
#Beijing
#United Kingdom
#Dominic Raab
#Islam
#bbc
#kapas
#buruh paksa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan