awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
Polis rampas mercun, bunga api lebih RM3 juta di Kota Bharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hab kenderaan udara di UK dijangka beroperasi November depan

Agensi
Agensi
07/02/2021
09:22 MYT
Hab kenderaan udara di UK dijangka beroperasi November depan
Hab di Coventry, yang dibina oleh Urban AirPort, dijangka beroperasi pada bulan November tahun ini. - Foto/Urban Air Port
HAB udara pertama di United Kingdom (UK) untuk teksi udara dan dron penghantaran akan dibina di Coventry, dengan sokongan kerajaan UK.
Ini memberi petanda bahawa pembuat dasar benar-benar fokus terhadap pembinaan pengangkutan berteknologi tinggi ini.
Pengumuman itu dibuat pada minggu yang sama ketika Lilium, syarikat start-up teksi udara Jerman, mengumumkan perjanjian dengan Ferrovial, pengendali infrastruktur Sepanyol, untuk membina rangkaian 10 landasan di bandar-bandar utama di seluruh Florida, Amerika Syarikat (AS).
Hab itu yang bakal dibina oleh Urban Air Port, dijangka beroperasi pada bulan November tahun ini, dan akan menjadi gambaran bagaimana hab untuk teksi udara, dron dan kenderaan udara dapat diintegrasikan dalam sistem pengangkutan bandar.
"Hab udara adalah jawapan kepada banyak persoalan. Banyak pelaburan masuk untuk kenderaan udara tetapi infrastruktur harus didahulukan. Teksi udara mesti ada tempat untuk berlepas dan mendarat," kata Ricky Sandhu, pengasas Urban Air Port.
Hab udara itu akan dilengkapi dengan pad pendaratan di bahagian atas bangunan dan kawasan menunggu untuk penumpang, termasuk kafe, di bahagian bawahnya.
Reka bentuknya fleksibel membolehkan ia dibina di mana saja, kata Sandhu, bekas arkitek yang mengetuai banyak projek pembinaan, antaranya peluasan lapangan terbang di Doha.
Laman web Urban Airport memaparkan reka bentuk hab yang bakal dibina. - Foto/Urban Airport
Laman web Urban Airport memaparkan reka bentuk hab yang bakal dibina. - Foto/Urban Airport
Urban Air Ports merancang untuk membina lebih daripada 200 hab udara seumpamanya di seluruh dunia dalam lima tahun akan datang.
"Banyak pihak di AS dan Asia menunjukkan minat, malah kami merasakan China akan menjadi pasaran besar kami," katanya lagi.
Pembiayaan untuk projek infrastruktur udara seperti ini sangat rendah dibandingkan dengan pelaburan untuk kenderaan udara.
Sebagai contoh, Lilium telah mengumpulkan sekitar €342 juta (RM1.9 bil), sementara Volocopter telah mengumpulkan €160 juta (RM894 juta).
Sebaliknya Skyports, sebuah lagi pemaju lapangan terbang bandar yang berpusat di UK, hanya mampu memperoleh dana berjumlah AS$8 juta (RM32 juta) pada tahun 2019.
"Pelabur melihat kenderaan udara secara fizikal lebih menarik tetapi kita harus mengubah perspektif itu. Tiada gunanya menarik jika tiada infrastruktur yang sesuai, ” kata Sandhu.
Topic Berkaitan
#Teksi udara
#dron
#United Kingdom
#pelaburan
#Amerika Syarikat
#Asia
#Hab udara
#Coventry
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan