TOKYO: Sejumlah 11 pegawai kerajaan Jepun diberi amaran setelah didapati melanggar etika dengan menghadiri acara makan malam mewah dan menerima hadiah daripada pihak berkepentingan.
Majalah tempatan Shukan Bunshun melaporkan beberapa pegawai Kementerian Hal Ehwal Dalaman dan Komunikasi menghadiri acara makan malam mewah bersama Seigo Suga, anak Perdana Menteri Yoshihide Suga.
Turut serta dalam acara makan malam itu termasuk beberapa pegawai eksekutif daripada syarikat penyiaran Tohokushinsha Film.
Siasatan kementerian mendapati jemputan acara makan malam dan pemberian hadiah mewah diterima penjawat awam sebanyak 40 kali, yang secara keseluruhannya bernilai 600,000 yen (kira -kira RM22,800) dari 2016 hingga 2019.
Setiausaha Perhubungan Awam Kabinet, Makiko Yamada memohon maaf atas tindakan yang mencemarkan kepercayaan terhadap penjawat awam.
"Saya sangat kesal dengan kelakuan yang menyalahi etika undang-undang perkhidmatan awam kebangsaan, dan merosakkan kredibiliti pegawai kerajaan.
"Saya memohon maaf," katanya.
Dalam masa sama, Perdana Menteri Jepun turut memohon maaf atas tindakan anaknya, namun menafikan sebarang penglibatan dalam kegiatan perniagaannya.
Undang-undang etika penjawat awam kebangsaan Jepun melarang pegawai kerajaan daripada menerima hadiah atau apa-apa bentuk hiburan daripada individu atau syarikat untuk tujuan tertentu.
Astro Awani
Thu Feb 25 2021

Makiko Yamada turut memohon maaf atas tindakannya yang mencemarkan kepercayaan terhadap penjawat awam. -AP

Maqis rampas daging kerbau sejuk beku dari India lebih RM500,000
Sebanyak 70 tan daging kerbau sejuk beku dari India yang dibawa masuk ke negara ini tanpa permit sah dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) pada Isnin.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AWANIxGEMPAK | Azhar Osman kembali dengan 'Ternyata'
Betahun lamanya tidak mendengar berita pelakon dan penyanyi, Azhar Osman, akhirnya dia kembali memeriahkan industri muzik dengan lagu baharu berjudul Ternyata.

Operasi Automatik Jadi Pendorong Baharu Pelabuhan Tianjin
Pelabuhan Tianjin, pelabuhan terbesar di utara China dan pintu masuk maritim utama ke Beijing menerima suntikan semangat baharu dengan pelaksanaan sistem operasi automatik. Kini, kontena dari kapal kargo dianggkat secara automatik oleh kren dan diletakkan di atas trak tanpa pemandu yang boleh menavigasi pelabuhan itu dengan sendirinya.

Alam Sekitar | Air tercemar Loji Fukushima akan dilepaskan
Kerajaan Jepun meluluskan pelan untuk melepaskan lebih 1 juta tan air terawat dari Loji Nuklear Fukushima ke laut. Langkah tersebut mencetuskan bantahan dalam kalangan komuniti nelayan Jepun, selain daripada China dan Korea Selatan.

Ramadan | Rindu kampung halaman, realiti warga kota
Setiap kali memasuki bulan Ramadan, rata-rata masyarakat mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman bagi menjalani ibadah puasa bersama keluarga tersayang. Namun dua tahun berlalu, rentas negeri masih dikuatkuasakan ekoran pandemik COVID-19.

China Promosi Hubei Secara Global
Kementerian Luar China menganjurkan promosi global khas untuk memperkenalkan Wilayah Hubei kepada dunia luar bertemakan "Heroic Hubei: Reborn for New Glories" di Beijing pada Isnin. Menurut kementerian itu, ia merupakan acara utama yang dirancang untuk kembali meningkat dan menghidupkan pertukaran serta kerjasama antara wilayah di tengah China itu dengan seluruh dunia.

Perkembangan COVID-19 di Malaysia (13 April 2021)

Bazar Ramadan | 2,500 peniaga bakal terima sagu hati
Lebih 2,000 peniaga terkesan teruk susulan pembatalan bazar Ramadan di Kelantan, Kerajaan Negeri mengumumkan pemberian sagu hati kepada para peniaga.

COVID-19 | Penduduk Terengganu gesa SOP dikaji semula
Orang ramai di Terengganu memohon agar Prosedur Operasi Standard (SOP) di negeri itu diperketatkan bagi menggelak kemunculan kluster baharu. Kebimbangan ini susulan, Terengganu adalah negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan (R Naught) COVID-19 tertinggi ketika ini.

Pecah amanah RM50.4 juta: Bekas Ketua Pengarah MEIO, Hasanah dilepas tanpa dibebaskan
Mahkamah melepaskan tanpa membebaskan bekas Ketua Pengarah MEIO Hasanah Ab Hamid daripada pertuduhan pecah amanah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia.

Siasat kekayaan luar biasa, laksana langkah drastik atasi rasuah dan kartel
Pembongkaran sindiket kartel yang melibatkan tender kerajaan oleh pihak SPRM telah mengugat integriti perkhidmatan awam dalam negara kita.

Pesan motosikal dapat basikal harga kereta
Kegiatan memanupulasi tender di jabatan kerajaan sudah lama berlaku, namun tiada tindakan dalaman diambil oleh ketua jabatan yang bertanggungjawab.

Sentiasa ada proses tambah baik SOP, elak rasuah - Cuepacs
Ia bukan jalan pintas yang membolehkan seseorang melangkaui proses undang-undang jika SOP sedia ada tidak memihak atau menyusahkan mereka.

Anggota polis putus dua jari kaki dilanggar penunggang panik
Insiden berlaku selepas suspek melanggar seorang anggota polis di hadapannya yang sedang menjalankan tugas bersama pasukan ronda cegah jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Sarawak mampu muncul antara negeri paling maju di Malaysia - Muhyiddin
Muhyiddin memberi jaminan hak-hak Sarawak akan terus dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Sarawak ulangi pendirian, sokong Muhyiddin demi kestabilan politik
Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sekali lagi menegaskan sokongan yang diberikan Sarawak kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah demi mencapai kestabilan politik.

KSN ingatkan penjawat awam tidak terlibat dengan gerakan antivaksin
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini mengingatkan penjawat awam agar tidak terlibat dengan gerakan atau kumpulan antivaksin.

Kerajaan Pusat sokong penuh Sarawak capai impian jadi negeri maju 2030 - PM
Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa Kerajaan Persekutuan akan terus memberikan sokongan penuh untuk memastikan Sarawak mencapai impian menjadi negeri termaju menjelang 2030.

Kurangkan birokrasi, mudahkan rakyat di luar bandar - PM
Perdana Menteri mahu penjawat awam untuk mengurangkan kekangan birokrasi dalam memastikan sistem penyampaian kepada rakyat di luar bandar termasuk di Sarawak berjalan lancar.