awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamas akan bebaskan beberapa tawanan asing dalam masa terdekat

Agensi
Agensi
03/05/2025
23:30 MYT
Hamas akan bebaskan beberapa tawanan asing dalam masa terdekat
Hamas telah memaklumkan kepada pihak perantara bahawa kumpulan itu akan membebaskan beberapa tawanan asing dalam beberapa hari akan datang. - Gambar fail
KAHERAH: Hamas telah memaklumkan kepada pihak perantara bahawa kumpulan itu akan membebaskan beberapa tawanan asing dalam beberapa hari akan datang, menurut jurucakap sayap bersenjata Briged al-Qassam, Abu Ubaida, dalam satu video yang disiarkan di akaun Telegram kumpulan itu pada Sabtu.
Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai bilangan tawanan yang akan dibebaskan atau kewarganegaraan mereka.
Abu Ubaida turut mendakwa, kumpulannya telah bertempur dengan tentera Israel di tiga kawasan berbeza dan berjaya "membunuh serta mencederakan beberapa askar Israel" selain memusnahkan 22 kenderaan tentera.
Beliau juga menyatakan, unit tentera laut Hamas telah menggunakan peluru berpandu bawah air yang dinamakan ‘Aasif’ buat kali pertama dalam konflik ini.
Setakat ini, Reuters tidak dapat mengesahkan dakwaan tersebut secara bebas.
Sementara itu, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menyatakan mereka tidak menerima sebarang laporan berhubung serangan yang didakwa dilakukan oleh Hamas.
Dalam perkembangan berkaitan, Abu Ubaida menafikan, seorang tawanan yang dibebaskan oleh Israel sebelum ini berada dalam tahanan Hamas.
Katanya, beberapa tawanan lain sebenarnya dikawal oleh kumpulan dan individu berbeza di Semenanjung Gaza.
Kenyataan itu dilihat merujuk kepada Ori Megidish, seorang askar Israel yang menurut pihak tentera telah dibebaskan dalam satu operasi darat di Gaza pada Isnin lalu. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Hamas
#tawanan asing
#Israel serang Hamas
#tentera Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan