Skip to main content

Dunia

Hamas kecam lawatan Netanyahu ke kawasan bawah tanah berhampiran Masjid Al-Aqsa

A drone view of Jewish worshippers taking part in Slichot, a prayer in which Jews offer repentance and ask God to forgive their sins, ahead of Yom Kippur, the Jewish day of atonement and the holiest day in the Jewish calendar, at the Western Wall in Jerusalem's Old City, September 18, 2026. REUTERS/Ilan Rosenberg
Menurut Hamas, keseluruhan kompleks Masjid Al-Aqsa yang merangkumi pekarangan, dewan solat, tembok serta pintu gerbangnya kekal sebagai tapak suci umat Islam. -Gambar Reuters
Advertisement

BAITULMUQADDIS: Hamas mengecam tindakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang memasuki kawasan terowong dan tapak penggalian di bawah pekarangan kompleks Masjid Al-Aqsa pada Ahad.

Dalam kenyataan yang disiarkan menerusi saluran Telegram rasminya, Hamas mendakwa tindakan itu merupakan pelanggaran terhadap status quo di kawasan suci berkenaan.

Kumpulan itu turut mengecam kenyataan yang dibuat Netanyahu semasa lawatan ke kawasan bawah tanah berhampiran Masjid Al-Aqsa dan Tembok Al-Buraq, yang turut dikenali sebagai Tembok Barat.

Menurut Hamas, keseluruhan kompleks Masjid Al-Aqsa yang merangkumi pekarangan, dewan solat, tembok serta pintu gerbangnya kekal sebagai tapak suci umat Islam.

Hamas juga mendakwa sebarang projek penggalian, aktiviti di kawasan berkenaan atau usaha memperkukuh naratif berasaskan Alkitab tidak akan mengubah identiti sejarah dan keagamaan Masjid Al-Aqsa.

Sementara itu, Pejabat Gabenor Baitulmuqaddis Palestin berkata Netanyahu bersama beberapa anggota kabinet dan ribuan warga Israel berada di kawasan dataran Tembok Barat di timur Baitulmuqaddis di bawah kawalan keselamatan yang ketat.

Menurut pejabat itu, perkembangan tersebut berlaku selepas beberapa kumpulan sayap kanan Israel menggesa penyokong mereka berhimpun di kawasan Pintu Gerbang Rahmat menjelang sambutan Yom Kippur.

Must Watch Video

Advertisement