Skip to main content

Dunia

Hampir 40,000 hektar musnah akibat kebakaran hutan di Perancis sejak awal 2026 – Menteri

51722335604_TBwildfire.jpg
Kebakaran hutan sedang melanda Perancis susulan gelombang haba luar biasa. - Gambar hiasan
Advertisement

MOSCOW: Hampir 40,000 hektar kawasan hutan dan tumbuh-tumbuhan musnah akibat kebakaran sejak awal tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri Perancis, Laurent Nunez pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Pada masa ini, kurang daripada 40,000 hektar  hutan dan tumbuh-tumbuhan terbakar," kata Nunez dalam siaran radio France Inter.

Angka itu jauh lebih tinggi berbanding tahun lepas, kata menteri berkenaan, sambil menjelaskan bahawa kebakaran baharu berlaku setiap hari.

Kebakaran hutan sedang melanda Perancis susulan gelombang haba luar biasa.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata, pada pertengahan Julai yang negara itu berdepan jumlah kebakaran hutan tertinggi pada musim panas ini sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua.

Pada penghujung Jun, perkhidmatan meteorologi negara itu mengeluarkan amaran cuaca di 72 daripada 96 jabatan, jumlah tertinggi pernah direkodkan.

Suhu mencecah hampir 40 darjah Celsius, malah lebih tinggi di beberapa kawasan.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Must Watch Video

Advertisement