awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 60,000 keluarga terjejas dalam banjir di selatan Thailand

Bernama
Bernama
10/01/2021
21:12 MYT
Hampir 60,000 keluarga terjejas dalam banjir di selatan Thailand
Di Pattani, beberapa kawasan rendah ditenggelami air berikutan fenomena air pasang dan pelepasan air dari Empangan Bang Lang di Yala. -Bernama
PATTANI:Banjir buruk susulan hujan lebat di empat wilayah di selatan Thailand - Narathiwat, Pattani, Yala dan Songkhla telah mengorbankan tiga nyawa dan menjejaskan hampir 60,000 keluarga.
Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana dalam kenyataan memaklumkan hujan berterusan telah menyebabkan 58,497 keluarga di 32 daerah dilanda banjir.
"Sehingga hari ini, tiga dilaporkan maut manakala seorang lagi dilaporkan hilang," katanya.
Narathiwat merupakan wilayah paling teruk terjejas di mana 448 kampung dilanda banjir dan lebih 25,211 keluarga terjejas manakala Yala (15,229 keluarga), Pattani (10,508 keluarga) dan Songkhla (7,549 keluarga).
Di Pattani, beberapa kawasan rendah ditenggelami air berikutan fenomena air pasang dan pelepasan air dari Empangan Bang Lang di Yala.
Tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan di bandar Pattani telah dinaiki air dan pihak berkuasa tempatan sedang mempergiatkan usaha untuk mengepam air untuk mengeluarkan air banjir yang bertakung.
Sebelum ini, pihak berkuasa tempatan mengumumkan untuk melepaskan air di Empangan Bang Lang bagi mengekalkan paras air empangan yang selamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#banjir
#Narathiwat
#Pattani
#yala
#Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana
#fenomena air pasang
#Empangan Bang Lang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan