awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir suku penduduk Somalia berdepan kelaparan akut - WFP

Bernama
Bernama
20/11/2025
21:45 MYT
Hampir suku penduduk Somalia berdepan kelaparan akut - WFP
Hampir suku penduduk Somalia berdepan kelaparan akut, dengan 1.85 juta kanak-kanak bawah umur lima tahun berisiko mengalami kekurangan zat makanan teruk, menurut amaran Program Makanan Sedunia. - Gambar fail Reuters
MOGADISHU (Somalia): Hampir suku penduduk Somalia berdepan kelaparan akut, dengan 1.85 juta kanak-kanak bawah umur lima tahun berisiko mengalami kekurangan zat makanan teruk, menurut amaran Program Makanan Sedunia (WFP) pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).
WFP dalam satu kenyataan berkata, prospek iklim negara di Tanduk Afrika itu kekal suram, dengan fenomena La Nina dan Dwikutub Lautan Hindi negatif dijangka menyebabkan corak hujan yang tidak menentu dan kemarau berpanjangan di seluruh negara.
"Keadaan dijangka memburukkan lagi kemarau di utara, menggagalkan usaha pemulihan di selatan, serta meningkatkan risiko kegagalan tanaman, kehilangan ternakan dan kekurangan air," menurut kenyataan itu.
Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) turut melaporkan bahawa keadaan kemarau bertambah buruk di wilayah utara dan kini merebak ke bahagian tengah dan selatan Somalia.
Situasi amat serius di wilayah Nugaal, Mudug, Bari dan Sanaag, yang mengalami musim hujan lemah untuk kali keempat berturut-turut.
"Jutaan orang berisiko menghadapi kebuluran dan kekurangan zat makanan yang semakin teruk akibat kekurangan pembiayaan," amaran pejabat PBB itu.
Pada November, jumlah penerima bantuan makanan dijangka merosot kepada 350,000 orang, berbanding 1.1 juta pada Ogos, menurut OCHA.
PBB, memetik pihak berkuasa tempatan, berkata harga air meningkat daripada AS$12 kepada AS$15 bagi setiap tong 200 liter dan dijangka terus naik, menambah tekanan ke atas hampir 35,000 penduduk yang dipindahkan di beberapa bahagian negeri Puntland.
Somalia mengalami lima musim hujan yang gagal berturut-turut antara hujung 2020 dan hujung 2022 - tempoh terpanjang dalam beberapa dekad - yang membawa kepada kemarau teruk pada 2023, menyebabkan lima juta orang berada dalam keadaan kekurangan makanan akut.
Menurut PBB, negara Afrika Timur itu pernah mengalami kebuluran terburuk pada 2011 yang meragut lebih 26,000 nyawa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Somalia
#kelaparan akut
#program makanan sedunia
#OCHA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan