awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hantaran Macron dalam Bahasa Melayu cetus kekaguman, eratkan hubungan Malaysia-Perancis

Bernama
Bernama
20/11/2024
16:29 MYT
Hantaran Macron dalam Bahasa Melayu cetus kekaguman, eratkan hubungan Malaysia-Perancis
Hantaran itu walaupun ringkas, ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu, mencetuskan kekaguman dan rasa ingin tahu dalam kalangan pengguna laman sosial. - Foto X @EmmanuelMacron
KUALA LUMPUR: Presiden Perancis Emmanuel Macron mencuri perhatian ramai apabila menggunakan Bahasa Melayu untuk memuat naik hantaran di akaun rasmi X miliknya, @EmmanuelMacron, mengenai pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sidang Kemuncak G20.
Hantaran itu walaupun ringkas, ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu, mencetuskan kekaguman dan rasa ingin tahu dalam kalangan pengguna laman sosial.
Ia dibaca: "Bersama Perdana Menteri Malaysia @AnwarIbrahim, yang juga merupakan Pengerusi ASEAN. Pertemuan pertama ini akan membolehkan kami mempererat hubungan antara negara kami, khususnya dalam bidang peralihan tenaga, salah satu keutamaan bersama kami."
Turut dimuatkan adalah gambar beliau bersalaman dengan Anwar semasa pertemuan dua hala mereka di Sidang Kemuncak G20 yang baru berakhir di Rio de Janeiro, Brazil.
Pengguna X membanjiri ruangan komen dengan pujian terhadap langkah Macron yang dianggap bijak dan menyentuh hati.
Pengguna X, @ehsan_zakaria menulis: "Ingatkan X terjemah secara automatik, rupanya dia betul-betul guna BM! Bahasa Melayu menduniaaa!"
Sementara itu, @safwanmohamad turut sama menyatakan rasa kagumnya, berkata: "Saya ingat ucapan yang diterjemahkan... Rupanya memang BM."
Seorang lagi pengguna, @d_syahir, meluahkan rasa bangga dengan tindakan Macron menggunakan Bahasa Melayu: "Bangga aku! Orang luar pun guna Bahasa Melayu."
Menariknya, hantaran itu juga mengimbau kenangan mengenai hubungan terdahulu Malaysia-Perancis.
Pengguna @azrullez menulis: "Jemput datang ke Malaysia. Kali terakhir Presiden Perancis datang ke Malaysia ialah tahun 2017, iaitu Presiden Francois Hollande."
Dalam pertemuan di luar Sidang Kemuncak G20 itu, Macron dan Anwar menegaskan komitmen untuk terus memperkukuhkan hubungan serta kerjasama antara kedua-dua negara.
Bersama Perdana Menteri Malaysia @AnwarIbrahim, yang juga merupakan Pengerusi ASEAN. Pertemuan pertama ini akan membolehkan kami mempererat hubungan antara negara kami, khususnya dalam bidang peralihan tenaga, salah satu keutamaan bersama kami. pic.twitter.com/eJScH4mJ6Y
— Emmanuel Macron (@EmmanuelMacron) November 18, 2024
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Perancis Emmanuel Macron
#hantaran
#Bahasa Melayu
#hubungan Malaysia-Perancis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan