Skip to main content

Dunia

Harga diesel AS catat rekod tertinggi baharu dua hari berturut-turut

The per-gallon price for diesel fuel is displayed electronically on a pump at a QuikTrip station Tuesday, Sept. 15, 2026, in Greenwood Village, Colo. (AP Photo/David Zalubowski)
Harga diesel memberi kesan secara langsung terhadap kos barangan kerana bahan api itu digunakan untuk menggerakkan jentera pertanian dan trak berat. - Foto AP
Advertisement

WASHINGTON: Harga purata diesel di Amerika Syarikat (AS) mencatat rekod tertinggi baharu untuk hari kedua berturut-turut, mencecah AS$6.31 segelen (kira-kira 3.8 liter), menurut data Persatuan Automobil Amerika (AAA) yang diteliti RIA Novosti pada Rabu.

Pada Selasa, harga purata diesel mencecah rekod AS$6.27 segelen. Rekod tertinggi sebelum ini sebanyak AS$5.80 dicatatkan pada Julai 2022. Pada awal 2025, harga purata segelen diesel di AS adalah kurang daripada AS$3.50.

Di California, yang harga bahan apinya secara amnya lebih tinggi daripada purata nasional, harga diesel melebihi AS$8.26 segelen, dengan sesetengah stesen minyak mengenakan harga lebih AS$9.00.

Harga diesel memberi kesan secara langsung terhadap kos barangan kerana bahan api itu digunakan untuk menggerakkan jentera pertanian dan trak berat dalam rantaian bekalan.

-- BERNAMA-Sputnik/RIA Novosti

 

 

Must Watch Video

Advertisement