SINGAPURA menyambut Hari Kebangsaan yang ke-55 pada 9 Ogos 2020. Tahun ini, kami menyambutnya sedang kami dilanda pandemik sejagat dan krisis ekonomi yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Berjuta-juta orang telah dijangkiti COVID-19 di seluruh dunia, dan jumlah jangkitan dan kematian terus meningkat setiap hari. Sempadan-sempadan telah ditutup, keluarga dan rakan-rakan terpisah, dan perniagaan-perniagaan menggulung tikar.
Singapura dan Malaysia tidak terkecuali. Laluan darat yang sebelum ini sesak dan paling sibuk di dunia, serta laluan udara antara Singapura dengan Malaysia kini menjadi sepi. Syarikat-syarikat dan para pekerja kita telah terjejas disebabkan langkah-langkah yang dilaksanakan untuk mengekang COVID-19 dan melindungi rakyat.
Pandemik ini juga berlaku di tengah-tengah landskap ekonomi dan geopolitik sejagat yang kian berubah. Hubungan antara Amerika Syarikat dengan China menjadi semakin rumit akibat COVID-19, dan ini akan memberikan pelbagai kesan yang meluas kepada semua negara. Gangguan pada hubungan perdagangan dan rantaian bekalan serta kelembapan ekonomi sejagat akan menjejas arus pertumbuhan di rantau ini. Beberapa tahun akan datang merupakan suatu masa yang sukar dan mencabar bagi kita semua.
Walau bagaimanapun, saya berharap dengan semangat muhibah, kepercayaan yang strategik dan kerjasama, Singapura dan negara-negara jiran kita akan terus berkembang maju. Saya juga yakin bahawa Singapura dan Malaysia akan terus bekerja rapat untuk mengatasi cabaran-cabaran yang kita sama-sama hadapi.
Tambahan pula, COVID-19 telah menunjukkan betapa kita saling bergantung kepada satu sama lain, dan bagaimana kita telah memperkukuh kerjasama yang telah memanfaatkan kedua-dua negara selama lebih lima setengah dekad untuk berganding bahu bagi mengharungi cabaran yang kita sama-sama hadapi.
Pertama, kita bertindak dengan segera untuk menangani kesan langsung akibat pandemik ini. Singapura dan Malaysia saling membantu bawa pulang rakyat masing-masing yang terkandas di negara-negara lain.
Yayasan Temasek menyediakan kit ujian swab dan bekalan perubatan yang lain kepada kemudahan-kemudahan perubatan barisan hadapan di seluruh Semenanjung dan Malaysia Timur. Kedua-dua negara memastikan rantaian bekalan masing-masing tetap terbuka supaya pergerakan barangan keperluan dapat diteruskan.
Kedua, kita bekerjasama dalam isu-isu dasar yang lebih luas ekoran pandemik ini. Kita membentuk Jawatankuasa Kerja Khas Singapura-Malaysia mengenai COVID-19, yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Teo Chee Hean dan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ini untuk memastikan orang-orang dengan urusan penting, dan juga barangan serta perkhidmatan yang perlu dapat bergerak dengan selamat. Kerajaan Negeri Johor, yang diketuai oleh Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad, memainkan peranan penting untuk mempermudahkan urusan ini dan menyelesaikan sebarang isu di peringkat masyarakat. Kementerian Kesihatan kedua-dua negara mengetuai Kumpulan Kerja Bersama yang kerap bertukar-tukar maklumat terkini dan membincangkan tentang protokol.
Ketiga, kita telah mula membuka semula sempadan kita dengan selamat secara berperingkat. Menteri-menteri Luar Dr. Vivian Balakrishnan dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah bekerja rapat untuk menyelesaikan pengaturan-pengaturan bagi kumpulan pelawat yang berbeza-beza.
Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Pengaturan Ulang Alik Berkala (PCA) akan dilancarkan, dan mula menerima permohonan mulai 10 Ogos. RGL akan membolehkan perjalanan rentas sempadan atas urusan perniagaan penting dan urusan rasmi.
PCA pula membenarkan penduduk Singapura dan Malaysia dengan pas imigresen jangka panjang untuk memasuki negara di mana mereka bekerja bagi tujuan perniagaan dan kerja. Kita sedang membincangkan pelaksanaan cadangan-cadangan lain untuk ulang-alik rentas sempadan yang selamat bagi lawatan-lawatan kecemasan dan tugas harian.
Dengan adanya langkah-langkah bagi memastikan kesihatan terjaga, usaha-usaha ini akan membolehkan kedua-dua pihak untuk mengembalikan interaksi antara rakyat dan pertukaran ekonomi secara progresif.
Keempat, kita meneruskan usaha kerjasama dua hala yang lebih besar. Hubungan Singapura-Malaysia sangat erat dan merangkumi pelbagai aspek, meliputi banyak bidang. Melalui persidangan video dan panggilan telefon, para pemimpin dan pegawai kita telah meneruskan perbincangan mengenai projek-projek dua hala yang lain seperti Laluan Sistem Gerak Cepat (RTS) Johor Bahru-Singapura.
Saya gembira kerana perbincangan untuk menyambung semula kerja-kerja bagi Laluan RTS telah selesai, dan disempurnakan pula dengan upacara bersejarah di Koswe pada 30 Julai. Sebaik sahaja selesai, Laluan RTS akan memanfaatkan jarak kita yang dekat untuk mengeratkan lagi rakyat dan ekonomi kita.
COVID-19 bukan ujian pertama, dan ia bukanlah yang terakhir, untuk kedua-dua negara. Tindakan secara kolektif yang kita ambil menunjukkan semangat positif kerjasama dua hala dan bagaimana kita boleh mencapai lebih banyak dengan berganding bahu. Ini akan memanfaatkan kita pada tahun-tahun akan datang.
Sebuah lagu klasik ciptaan Pak Zubir Said, yang juga penggubah Lagu Kebangsaan Singapura, telah tersebar di dalam talian dan membangkitkan semangat rakyat. Lagu ini berjudul “Semoga Bahagia”.
Rangkap pertama lagu ini berbunyi, “Sama-sama maju ke hadapan”. Saya rasa rangkap ini masih amat sesuai pada masa ini.
Disebabkan keadaan sekarang, sambutan Hari Kebangsaan Singapura ke-55 nanti agak berbeza. Ia merupakan masa untuk memberikan penghormatan kepada para pekerja barisan hadapan dan para pekerja penting yang menjadi wira-wira kami dalam krisis yang belum pernah berlaku ini.
Kami juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kami di Malaysia dan negara-negara lain yang telah berganding dengan kami dalam menempuh cabaran-cabaran ini bersama.
. . . . .
TYT Vanu Gopala Menon
Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Malaysia
9 August 2020
Kenyataan Media
Sun Aug 09 2020

Vanu Gopala Menon.
Starship bawa robot akan ke Marikh pada akhir 2026 - Musk
Kapal angkasa Starship yang membawa robot humanoid Tesla Optimus akan ke Marikh pada akhir 2026.
Trump optimis rundingan Rusia-Ukraine positif
Trump turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin serta beberapa pihak lain.
Naib presiden AS, JD Vance dan isteri dicemuh orang ramai ketika hadir konsert
Reaksi orang ramai itu tercetus susulan tindakan Presiden Donald Trump yang memecat kepimpinan pusat dan mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Kennedy Center
Ribuan veteran protes, bantah cadangan Trump
Majoriti yang berhimpun di hadapan bangunan Capitol AS itu baru sahaj kehilangan pekerjaan akibat rancangan pemberhentian kerja Kerajaan Persekutuan
Majlis Keselamatan PBB gesa perlindungan rakyat Syria tanpa pengecualian
Majlis keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat mengecam keganasan meluas yang berlaku di wilayah Latakia dan Tartus sejak 6 Mac serta menggesa perlindungan rakyat Syria tanpa pengecualian.
Lima maut, 24 cedera jalan bertingkat dalam pembinaan runtuh
Sekurang-kurangnya lima maut selepas sebuah jalan bertingkat yang dalam pembinaan di Bangkok runtuh pada awal Sabtu.
China wajibkan pelabelan kandungan janaan AI untuk perangi maklumat salah
Pihak berkuasa China mengeluarkan garis panduan yang mewajibkan label pada semua kandungan dijana oleh kecerdasan buatan yang diedarkan dalam talian, bertujuan untuk memerangi penyalahgunaan AI dan penyebaran maklumat palsu.
Bazar raya lesu, pendapatan peniaga merudum
Di Chukai, Kemaman, aktiviti perniagaan di beberapa Bazar Aidilfitri dilihat agak lesu dan perlahan, dengan peniaga merungut pendapatan mereka menurun antara 30% dan 60% berbanding tahun lalu.
[TERKINI] Nurul Izzah bakal pertahan jawatan naib presiden
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bakal mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti, Mei ini.
Dakwaan kerajaan pimpinan GRS, PH gagal tidak berasas - Hajiji
Dakwaan pembangkang kononnya kerajaan Sabah yang kini ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) gagal adalah suatu yang tidak berasas

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Jepun alami kekurangan pekerja sepenuh masa paling serius sejak COVID-19
Firma di Jepun kini menghadapi kekurangan pekerja sepenuh masa paling ketara sejak pandemik COVID-19, dengan lebih separuh daripada firma yang disoal selidik melaporkan kekurangan tenaga kerja.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.