Hari pertama bank kembali beroperasi, Cyprus Turt menerima beberapa siri bantahan termasuk melibatkan kumpulan sayap kanan, barisan popular kebangsaan.

Hampir 150 ahli pergerakan berkenaan berhimpun secara aman di hadapan bangunan parlimen di Nicosia bagi membantah pelan penyelamat Cyprus.

Presidennya, Christos Christou berkata, mereka membantah pengambilan pinjaman antarabangsa sekali gus menarik negara pulau itu ke dalam masalah kewangan yang lebih besar.

Bank di Cyprus dibuka semula pada Khamis dengan kawalan ketat ke atas pengeluaran wang.

Ini merupakan kali pertama kaedah pengawalan pengeluaran digunakan dalam sejarah 14 tahun Kesatuan Eropah.