awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau kumbang dicuri selepas diselamatkan dari bumbung pangsapuri

Agensi
Agensi
24/09/2019
15:52 MYT
Harimau kumbang dicuri selepas diselamatkan dari bumbung pangsapuri
Seekor harimau kumbang dicuri dari sebuah zoo di Maubeuge, berhampiran sempadan Belgium selepas haiwan itu diselamatkan sebaik dilihat berlegar di atas bumbung sebuah pangsapuri di Lille, Perancis.
Seekor harimau kumbang dicuri dari sebuah zoo di Maubeuge, berhampiran sempadan Belgium selepas haiwan itu diselamatkan sebaik dilihat berlegar di atas bumbung sebuah pangsapuri di Lille, Perancis.
Haiwan berkenaan ditempatkan di zoo itu sebelum dan dijangka dipindahkan di sebuah pusat rehabilitasi khas pada Isnin.
“Haiwan itu menjadi satu-satunya sasaran pencuri,” kata Datuk Bandar, Arnaud Decagny kepada AFP.
Menurut Decagny, pelaku berkenaan sedaya upaya memecahkan kunci sebelum berjaya melepaskan diri daripada sistem keselamatan zoo itu,
Haiwan yang baru berusia beberapa bulan itu dibimbangi akan mengalami masalah kesihatan kerana faktor usia yang terlalu muda dengan berat badan 25 hingga 30 kilogram.
“Kami risaukan kesihatannya kerana ia kelihatan lemah,” tambah Decagny.
Terdahulu, pada Rabu, harimau kumbang itu diselamatkan oleh sekumpulan pasukan bomba selepas dilihat berkeliaran di atas bumbung sebuah pangsapuri peribadi di Armentieres.
Difahamkan haiwan itu terlepas keluar dari unit premis berkenaan sebelum pemiliknya turut melarikan diri kerana bimbang didenda atas kesalahan membela harimau kumbang tanpa lesen.
Polis masih belum berjaya menjejaki individu itu yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama setahun dan denda RM78, 293 atas kesalahan mendatangkan bahawa kepada umum.
Topic Berkaitan
#Arnaud Decagny
#Belgium
#curi
#harimau atas bumbung
#harimau kumbang
#Paris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan