awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harvard saman pentadbiran AS atas larangan kemasukan pelajar asing - Aduan

Bernama
Bernama
23/05/2025
15:35 MYT
Harvard saman pentadbiran AS atas larangan kemasukan pelajar asing - Aduan
Universiti Harvard pada Jumaat memfailkan saman terhadap pentadbiran Trump berhubung keputusannya untuk melarang kemasukan pelajar antarabangsa. - Gambar fail/REUTERS
WASHINGTON: Universiti Harvard pada Jumaat memfailkan saman terhadap pentadbiran Trump berhubung keputusannya untuk melarang kemasukan pelajar antarabangsa, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Selama lebih 70 tahun, Universiti Harvard ('Harvard' atau 'Universiti') telah diperakui oleh kerajaan persekutuan untuk mendaftarkan pelajar antarabangsa di bawah program visa F-1 dan ia lama ditetapkan sebagai penaja program pertukaran bagi menempatkan pemegang visa J-1 bukan imigran ... Semalam, kerajaan secara tiba-tiba membatalkan pensijilan itu tanpa proses atau sebab yang sah, yang memberi kesan serta-merta dan buruk kepada Harvard serta lebih 7,000 pemegang visa.
"Pembatalan ini adalah pelanggaran terang-terangan terhadap Pindaan Pertama Perlembagaan, Klausa Proses Sewajarnya, dan Akta Prosedur Pentadbiran (APA)," menurut aduan itu.
Plaintif menegaskan yang pelajar asing merangkumi satu perempat daripada jumlah keseluruhan pelajar universiti yang memberi sumbangan besar kepada misi institusi itu.
"Harvard dengan hormat memohon perkara berikut: Mengisytiharkan yang tindakan pihak defendan membatalkan pensijilan SEVP Harvard melalui Notis Pembatalan adalah tidak berperlembagaan dan/atau tidak sah kerana ia melanggar Pindaan Pertama, Klausa Proses Sewajarnya dan APA [Akta Prosedur Pentadbiran]," menurut dokumen itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Harvard
#pelajar antarabangsa
#saman
#pentadbiran AS
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan