awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penerima SARA Bulanan nikmati bantuan hari ini, ringankan beban kos sara hidup
JP Selangor, MDDM, MDPM perkukuh kerjasama banteras penyalahgunaan gelaran kehormat
Wanita didakwa bunuh kanak-kanak lelaki tujuh tahun di Pasir Gudang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hatyai dilanda banjir, pelancong Malaysia terkandas di hotel

Sinar Harian
Sinar Harian
22/11/2025
06:00 MYT
Hatyai dilanda banjir, pelancong Malaysia terkandas di hotel
Ramai pelancong dan pemandu kenderaan terpaksa menunggu berjam-jam selepas pihak berkuasa Thailand mengehadkan pergerakan masuk ke bandar demi keselamatan.
KUALA LUMPUR: Hujan berterusan sejak semalam mengakibatkan beberapa kawasan di Hatyai, Thailand dilanda banjir kilat, sekali gus menyebabkan ratusan rakyat Malaysia terkandas di daerah itu termasuk di sempadan seperti Danok dan Bukit Kayu Hitam.
Ramai pelancong dan pemandu kenderaan terpaksa menunggu berjam-jam selepas pihak berkuasa Thailand mengehadkan pergerakan masuk demi keselamatan susulan paras air yang meningkat di beberapa laluan utama menuju ke pusat bandar Hatyai.
Menerusi perkongsian Fatin Shaida di laman Threads, dia bersama keluarga sepatutnya pulang ke tanah air pada hari ini, namun dimaklumkan jalan utama untuk keluar dari Hatyai tidak selamat digunakan buat sementara waktu.
"Situasi sekarang (pagi tadi) depan Asian Hotel Hatyai, hujan masih belum berhenti. Air mula naik hingga paras lutut," katanya.
Menurut perkongsian pelancong Malaysia yang menginap di Hotel Siam Mansion Hatyai, mereka masih tidak menerima apa-apa bantuan sementara hujan semakin lebat dan air semakin naik. Bekalan elektrik pula masih terputus menyebabkan penggunaan telefon bimbit turut dihadkan. pic.twitter.com/ZSchT8XTJu
— Astro AWANI (@501Awani) November 22, 2025
Difahamkan, pihak berkuasa Thailand sedang giat menjalankan kerja-kerja pemantauan dan mengarahkan kenderaan berat serta lori untuk membantu memindahkan mangsa yang terperangkap di kawasan rendah.
Seorang lagi pengguna Threads, Atiqah Syazwani berkata, kawasan hotel tempat dia dan keluarga menginap turut dinaiki air.
"Hatyai hujan tak berhenti sejak kelmarin hingga Jumaat. Hari ni kawasan hotel semua dah naik air. Doakan kami satu keluarga semua selamat.
"Yang mana merancang nak ke Hatyai, lebih baik tangguh dahulu. Kami semua satu keluarga terkandas dalam hotel sebab banjir. Nak ke mana pun tak boleh," katanya.
Menerusi perkongsian video kepada Astro AWANI, kelihatan beberapa penduduk dan pelancong telah diselamatkan oleh tentera Thailand untuk dibawa ke pusat pemindahan sementara. Setakat ini difahamkan pelancong dari Malaysia yang menginap di Rama Hotel telah diberi bantuan makanan pic.twitter.com/MsTyLcDfO4
— Astro AWANI (@501Awani) November 22, 2025
Seorang lagi pengguna Threads, Farhana Zulkiflee memberitahu, kawasan botel yang dia menginap tidak pernah dinaiki air namun dilanja banjir kali ini.
"Tempat ni tak pernah banjir, orang sekeliling pun beritahu. Tiba-tiba naik air. Tolong doakan Fana dan keluarga selamat, kami terperangkap di sini, doakan kenderaan kami selamat juga," katanya. - Sinar Harian
Seorang pengguna TikTok ibaratkan banjir di Hat yai sebagai 'floating market' di jalan raya selepas terkandas susulan hujan lebat berterusan sejak malam Jumaat. #AWANInews pic.twitter.com/82XNJEFBdP
— Astro AWANI (@501Awani) November 22, 2025
Topic Berkaitan
#banjir Hatyai
#Hatyai banjir
#rakyat Malaysia terkandas
#danok banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan