awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Helikopter bawa pengantin terhempas

Sinar Harian
Sinar Harian
07/05/2018
04:05 MYT
Helikopter bawa pengantin terhempas
Keadaan helikopter yang musnah selepas terhempas berhampiran tetamu majlis tersebut. - Foto Sinar Harian
Tetamu sebuah majlis perkahwinan di Brazil gempar apabila helikopter membawa pengantin perempuan terhempas dan terbakar di hadapan mereka.
Pengantin perempuan terbabit bagaimanapun terselamat dalam insiden itu dan masih mahu meneruskan acara hari bersejarah itu yang diadakan di sebuah ladang anggur di Sao Paulo, semalam.
Tiga penumpang lain termasuk juruterbang, jurugambar dan seorang kanak-kanak dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan ringan.
Rakaman video yang dikongsi secara atas talian menunjukkan helikopter tersebut berlegar-legar sebelum ia mula berpusing dan hilang kawalan sebelum terhempas berhampiran para tetamu.
Menurut penganjur, Castelo dos Vinhais di Vinhedo, kesemua tetamu selamat dan majlis perkahwinan itu tetap berlangsung seperti biasa atas permintaan pasangan pengantin.
Difahamkan, polis telah melancarkan siasatan ke atas insiden itu. - RT.com
Topic Berkaitan
#Brazil
#helikopter
#kecederaan
#Pengantin
#perkahwinan
#terhempas
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan