awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Helikopter Ingenuity tidak lagi boleh terbang di Marikh

Amanz
Amanz
28/01/2024
07:20 MYT
Helikopter Ingenuity tidak lagi boleh terbang di Marikh
NASA minggu ini mengumumkan Ingenuity tidak lagi boleh terbang di Marikh selepas berlaku kerosakan pada bahagian kipas. - Gambar ilustrasi oleh NASA
HAMPIR tiga tahun lalu helikopter Ingenuity menjadi objek pertama rekaan manusia yang berjaya terbang di planet selain bumi.
Ia mendarat di permukaan Marikh bersama dengan perayau Perseverance bagi menjelajah permukaan planet merah sebelum misi manusia dimulakan.
NASA minggu ini mengumumkan Ingenuity tidak lagi boleh terbang di Marikh selepas berlaku kerosakan pada bahagian kipas.
Sejak 2021 ia telah melakukan 72 kali misi penerbangan yang adalah melangkaui sasaran asal hanya lima kali penerbangan.
Kali terakhir ia terbang adalah pada 18 Januari lalu sebelum hubungan dengannya terputus. Gambar yang dihantar semula oleh Perseverance menunjukkan bilah kipas Ingenuity mengalami kerosakan semasa melakukan pendaratan kecemasan.
Secara keseluruhan Ingenuity berjaya terbang selama dua jam di atmosfera Marikh dan mengutip puluhan gambar yang akan membantu misi yang seterusnya.
Kejayaan yang mengagumkan bagi sebuah helikopter kecil yang hanya menggunakan pemproses Snapdragon 801 sudah berusia hampir 11 tahun.
Misi Perseverance bukan sahaja berjaya menerbangkan objek manusia pertama selain di atmosfera bumi, ia juga berjaya menjana oksigen menggunakan mesin Mars Oxygen In-Situ Resource Utilization Experiment (MOXIE). - Amanz
Topic Berkaitan
#Helikopter Ingenuity
#Marikh
#NASA
#kerosakan Ingenuity
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan