awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"It’s a girl!" - Ayda Jebat dan Nabil Mahir umum jantina anak ketiga
Amaran hujan berterusan di Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu sehingga Isnin ini
Drama ‘Bad Cop’ papar aksi mendebarkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Helikopter terhempas di Vietnam, 16 terbunuh, 5 tercedera

AFP
AFP
07/07/2014
09:18 MYT
Helikopter terhempas di Vietnam, 16 terbunuh, 5 tercedera
Tentera berdiri berhampiran ambulan di pintu masuk Hospital 105, di mana semua mangsa di bawa di Hanoi. - AFP PHOTO
Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan lima orang tercedera apabila sebuah helikopter tentera terhempas di Hanoi pada Isnin, semasa satu sesi latihan payung terjun.
Penolong komander tentera, Lieutenant General Vo Van Tuan berkata helikopter berkenaan membawa 21 orang, kesemuanya pegawai tentera.
“Menurut siasatan awal, kemalangan itu berlaku kerana masalah teknikal. Cuaca baik (ketika kemalangan) dan saya boleh katakan tiada unsur sabotaj,” katanya.
Seorang saksi kejadian berkata dia berlari keluar apabila terdengar bunyi yang pelik dan ternampak helikopter Mi-171 buatan Rusia itu meletup.
“Ia kelihatan seperti juruterbang itu hendak mengelak daripada terhempas berdekatan pasar dan kawasan perumahan dan beralih ke kawasan padang,” katanya.
Kawasan di mana helikopter itu terhempas telah ditutup oleh pihak polis dan bomba.
Pada tahun 2008, lima juruterbang tentera Vietnam terbunuh apabila kapal terbang yang mereka naiki terhempas berdekatan Hanoi.
Topic Berkaitan
#16 terbunuh
#kapal terbang
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan