BERLIN: Jerman harus berhenti menggunakan gas untuk menjana tenaga elektrik bagi mengelak daripada menambah krisis tenaga, kata Menteri Kewangan Christian Lindner pada Ahad, lapor Sputnik.
"Kita mesti berusaha untuk memastikan krisis gas tidak membawa kepada krisis penjanaan elektrik. Oleh itu, tenaga elektrik tidak seharusnya lagi dihasilkan menggunakan gas. (Menteri Ekonomi) Robert Habeck mempunyai kuasa untuk melarangnya.
"Sebaliknya kita mesti mengekalkan keupayaan lain. Terdapat banyak alasan untuk tidak menutup loji tenaga nuklear (NPP) yang selamat dan mampan dan menggunakannya jika perlu sehingga 2024," kata Lindner kepada akhbar Bild am Sonntag.
Pada masa ini terdapat tiga loji tenaga nuklear yang berfungsi di Jerman dan ia dirancang untuk ditutup pada 31 Disember. Jerman memperhebat perbahasan mengenai kemungkinan melanjutkan penggunaan NPP ekoran krisis gas yang sedang berlaku.
Ketika ini, pihak berkuasa sedang menjalankan analisis teknikal keadaan sebelum membuat keputusan muktamad. Sekurang-kurangnya satu daripada NPP akan terus beroperasi, menurut media Jerman.
Awal bulan ini, kerajaan Jerman menerima pakai undang-undang yang membenarkan pengaktifan semula loji janakuasa arang batu yang sebelum ini dihentikan untuk tujuan perlindungan iklim. Ia sebahagian daripada cara untuk menangani krisis tenaga dan rancangan untuk menamatkan penggunaan gas dari Rusia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 01 2022
Menteri Kewangan Jerman berkata, negara sedang berusaha untuk memastikan krisis gas tidak membawa kepada krisis penjanaan elektrik. - Gambar hiasan/AP
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
SESB perlu punya keupayaan jana sendiri keperluan elektrik di Sabah - Madius
SESB hanya mampu menjana dan memiliki 20 peratus daripada keperluan beban asas tenaga elektrik manakala bakinya dijana oleh penjana tenaga bebas (IPP) sebelum dijual kepada syarikat itu.
Pantau, analisis penggunaan elektrik untuk penjimatan - ST
Gunakan peralatan dengan penarafan lima bintang yang memberi lebih banyak penjimatan dan selenggara peralatan elektrik secara berkala.
Stesen solar Long San bukti usaha kerajaan negeri luaskan capaian tenaga elektrik
Stesen itu akan penuhi keperluan kepada tenaga boleh diperbaharui yang semakin meningkat dan mengurangkan kebergantungan kepada bahan api diesel.
Mengapa Asia Tenggara begitu penting dalam trend solar global pada 2023?
Di tengah-tengah trend solar global ini, Asia Tenggara dilihat semakin penting berdasarkan lima faktor.
Sebahagian besar Bangladesh terputus bekalan elektrik
Bekalan elektrik telah kembali pulih di 45 peratus kawasan yang terjejas menjelang sebelah malam.
MARA pasang panel sistem solar photovoltaik di institusi pendidikannya dengan kerjasama TNB
MARA mengambil langkah pro-aktif dalam melestarikan alam sekitar dengan memasang panel sistem solar photovoltaik bagi menjana tenaga elektrik bersih di institusi pendidikannya.
Henti guna gas untuk jana elektrik - Menteri Jerman
Jerman memperhebat perbahasan mengenai kemungkinan melanjutkan penggunaan NPP ekoran krisis gas yang sedang berlaku.
Kos jana elektrik bertambah RM7 bilion, 9 juta pengguna kekal terima rebat 2 sen
Sebanyak sembilan juta akaun pengguna domestik di negara ini dikecualikan daripada membayar Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT).
RM48.34 juta kos tenaga berjaya dijimatkan tahun lepas
Negara telah berjaya menjimatkan kos sebanyak RM48.34 juta bersamaan 132.43 GigaWattjam (GWj) penggunaan tenaga elektrik setakat 31 Disember tahun lepas.
7 fakta menarik tentang Earth Hour
Acara itu yang dianjurkan oleh World Wide Fund for Nature (WWF) disambut setiap tahun sebagai simbol komitmen terhadap planet.