Hong Leong Insurance (Asia ) Limited menjelaskan iklannya di Hong Kong yang disifatkan sebagai perkauman sebenarnya bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai manfaat yang ada melalui skim perlindungan insurans kepada pembantu rumah.
Pengarah dan pengurus besarnya, Harry Wong berkata pihaknya tidak pernah sama sekali berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana orang atau membeza-bezakan manusia mengikut kaum, jantina dan sebagainya.
"Niat kami hanyalah untuk menarik perhatian masyarakat kepada faedah mempunyai perlindungan insurans untuk pekerja dan dalam hal ini, pembantu rumah," katanya dalam satu kenyataan yang dikirimkan kepada Astro AWANI.
Harry menambah pihaknya telah menarik balik iklan berkenaan kerana tidak mahu menyebabkan mana-mana pihak tersinggung.
Jelas beliau, syarikat insurans itu selama ini memberikan penekanan yang besar untuk menjadi warga korporat yang bertanggungjawab.
"Kami kesal iklan kami yang terbaru yang melibatkan seorang individu melakonkan dua watak dianggap sebagai tidak wajar," kata kenyataan itu.
Iklan itu dikecam oleh beberapa NGO yang membela hak pembantu rumah di Hong Kong dan mendesak Hong Leong Insurance (Asia) Limited meminta maaf kepada semua pembantu rumah warga Filipina.
Iklan 30 saat yang tersebar melalui YouTube itu memaparkan seorang pembantu rumah warga Filipina yang dilakonkan oleh pelakon lelaki yang memakai rambut palsu dan wajahnya dimekapkan gelap. Pelakon yang sama juga berlakon sebagai majikan pembantu rumah itu.
Menurut South China Morning Post, iklan itu muncul ketika ada kebimbangan masyarakat mengenai layanan majikan kepada pembantu rumah serta ancaman isu perkauman di Hong Kong.
Jurucakap Badan Penyelaras Pendatang Asia, Eni Lestari berpendapat iklan itu memperlekehkan komuniti warga asing yang jadi pembantu rumah di Hong Kong.
Kontroversi iklan itu berlaku hanya beberapa minggu selepas isu buku teks di Hong Kong yang meminta murid menyesuaikan orang pelbagai etnik dengan pekerjaan tertentu. Buku teks itu disifatkan mengasuh kanak-kanak untuk mempunyai pandangan yang stereotaip tentang masyarakat di sekeliling mereka, misalnya warga Indonesia pembantu rumah atau orang Jepun pemilik restoran sushi.
Ia juga berlaku selepas beberapa kes penderaan ke atas pembantu rumah. Antaranya, kes pembantu rumah Indonesia, Erwiana Sulistyaningsih, yang didakwa didera oleh majikan. Majikannya sedang dibicarakan di mahkamah.
Hong Leong Insurance (Asia) Limited yang ditubuhkan di Hong Kong pada 1973 ialah anak syarikat Hong Leong Financial Group Berhad.
Astro Awani
Thu Jun 19 2014
Tangkapan skrin daripada iklan tersebut yang menunjukkan seorang lelaki Cina dimekapkan gelap dan berambut palsu untuk memaparkan seorang pembantu rumah warga Filipina. Sumber: YouTube
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Loke cadang hab kargo udara dua hala Malaysia-Hong Kong kukuh dagangan global
Anthony Loke berkongsi visinya untuk menjalin kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Hong Kong bagi mewujudkan hab kargo udara dua hala.
APEC 2024: Anwar bertemu pemimpin global di luar mesyuarat rasmi
Antaranya mesyuarat bilateral bersama rakan sejawatnya dari Jepun, Shigeru Ishiba yang baru dilantik ke jawatan itu pada 1 Oktober lalu.
Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Greater Bay Area laluan strategik yang berpotensi besar untuk syarikat Malaysia yang ingin mengembangkan sayap mereka di pasaran antarabangsa.
Hong Kong siasat kematian sembilan monyet di zoo
Kematian sembilan ekor monyet dalam beberapa hari di sebuah zoo di Hong Kong, mendorong siasatan dijalankan untuk mengetahui puncanya, lapor United Press International (UPI).
Pos Hong Kong keluar setem peringatan ulang tahun ke-150 Kesatuan Pos Sedunia
Pos Hong Kong akan keluarkan helaian setem dan produk filateli bertemakan 'Ulang Tahun ke-150 UPU' bagi memperingati hari istimewa itu.
Lawatan kerja Azalina ke Hong Kong berjaya teroka era baharu kerjasama
Lawatan kerja Datuk Seri Azalina Othman Said ke Hong Kong baru-baru ini berjaya meneroka era baharu kerjasama dalam sektor undang-undang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ARC 2024: Skuad Bunga Raya akur kehebatan Hong Kong
Skuad ragbi Bunga Raya 15 sebelah (15's) negara mengalami kekalahan besar buat kali kedua berturut-turut pada saingan ARC 2024 selepas tumbang kepada Hong Kong.