awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Houthi Yaman ikrar terus operasi ketenteraan lawan Israel

Bernama
Bernama
14/01/2024
08:15 MYT
Houthi Yaman ikrar terus operasi ketenteraan lawan Israel
Gambar fail menunjukkan pejuang Houthi mendengar rakaman syarahan oleh pemimpin tertinggi pergerakan itu, Abdul-Malik al-Houthi. - Reuters
SANAA: Kumpulan Houthi di Yaman berkata kumpulan itu akan meneruskan tindakan ketenteraan terhadap Israel dan menghalang kapal rejim itu daripada melalui Laut Merah, lapor Anadolu memetik Agensi Berita Saba.
Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam selepas Sanaa, ibu negeri Yaman, menjadi sasaran serangan udara.
"...ia sama sekali tidak akan menghalang Yaman daripada meneruskan operasi ketenteraannya terhadap musuh kami Israel dan menghalang kapal sekutu mereka menuju ke pelabuhan Palestin yang diduduki.
"Pencerobohan Israel pasti akan cuba dihalang oleh angkatan tentera kami, operasi ketenteraan Yaman terhadap musuh dan menghalang laluan kapalnya dan kapal dari negara lain yang membawa barangan ke sana," menurut kenyataan itu.
Amerika Syarikat (AS) dilaporkan melancarkan serangan udara terbaru di Sanaa pada Sabtu, sehari selepas serangan dilakukan oleh Washington dan London terhadap sasaran di kawasan yang dikawal oleh Houthi di Yaman.
Selepas serangan pada Jumaat yang mengorbankan lima ahli Houthi, kumpulan itu berikrar bahawa semua kepentingan AS dan Britain akan menjadi "sasaran" sebagai tindak balas kepada "pencerobohan langsung" mereka terhadap Yaman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keganasan israel
#Gaza
#Yaman
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan