awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor import tambahan 1,000 ekor lembu tenusu, tingkat kapasiti penghasilan susu di JDV
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hubungan ASEAN-China hendaklah bergantung pada kepercayaan - Jokowi

Bernama
Bernama
06/09/2023
11:20 MYT
Hubungan ASEAN-China hendaklah bergantung pada kepercayaan - Jokowi
Perdana Menteri China Li Qiang (kiri) disambut oleh Presiden Indonesia Joko Widodo sebaik tiba di Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-23 di Jakarta, Indonesia, 06 September 2023. - Foto REUTERS
JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) menyatakan keyakinannya bahawa hubungan antara negara ASEAN dan China boleh menjana kerjasama sebenar jika saling percaya antara satu sama lain, lapor agensi berita ANTARA.
"Kepercayaan dan kerjasama konkrit ini boleh menjadi kuasa positif untuk kestabilan dan keamanan serantau," kata presiden itu semasa merasmikan Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-23 di Jakarta pada Rabu.
Menurut Jokowi, China telah menjadi rakan dialog ASEAN sejak 1996. Pada 2021, ASEAN dan China meningkatkan hubungan mereka kepada perkongsian strategik yang komprehensif.
Jokowi menegaskan bahawa hubungan ini harus ditafsirkan dengan merealisasikan kerjasama konkrit yang saling menguntungkan.
Beliau membuat kenyataan itu di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak antara China dan beberapa negara anggota ASEAN mengenai Laut China Selatan.
Pada 28 Ogos, China mengeluarkan Peta Standard China Edisi 2023 yang dianggap beberapa pihak sebagai alat untuk menuntut perairan ini.
Dalam hal ini, Malaysia, Vietnam, dan Filipina menolak peta baharu China.
Indonesia, sebagai Pengerusi ASEAN pada 2023, mengambil inisiatif untuk mempercepatkan proses rundingan kod tatalaku (CoC) di Laut China Selatan.
Garis panduan itu diterima pakai pada mesyuarat menteri luar ASEAN dan Pengerusi Majlis Dasar Luar China Wang Yi di Jakarta pada 13 Julai dan dirancang untuk diratifikasi oleh pemimpin pada Sidang Kemuncak ASEAN-China.
Selain daripada rundingan CoC, Kementerian Luar Indonesia menyatakan bahawa Indonesia akan terus menggalakkan peningkatan kerjasama maritim praktikal antara ASEAN dan China dalam usaha meningkatkan kepercayaan bersama dan mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini.
--BERNAMA-ANTARA
Topic Berkaitan
#Jokowi
#ASEAN
#China
#Sidang Kemuncak ASEAN-China
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan