awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat, banjir ragut 37 nyawa, lima masih hilang di Vietnam

Bernama
Bernama
03/11/2025
11:22 MYT
Hujan lebat, banjir ragut 37 nyawa, lima masih hilang di Vietnam
Hujan lebat dan banjir telah meragut 37 nyawa serta menyebabkan lima orang hilang dan 78 yang lain cedera di seluruh negara setakat pagi Isnin. - Gambar fail/REUTERS
HANOI: Hujan lebat dan banjir telah meragut 37 nyawa serta menyebabkan lima orang hilang dan 78 yang lain cedera di seluruh negara setakat pagi Isnin, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Daik dan Bencana Vietnam.
Agensi Berita Vietnam (VNA) melaporkan pada masa ini sebanyak 50 lokasi di lebuh raya utama masih terhalang, termasuk 24 lokasi di bawah seliaan Kementerian Pembinaan.
Perkhidmatan kereta api Hanoi-Ho Chi Minh City telah disambung semula, namun beberapa bahagian masih memerlukan tren bergerak perlahan akibat banjir.
Kementerian Pertanian dan Alam Sekitar telah menggesa kementerian, agensi serta pihak berkuasa tempatan melaksanakan arahan Perdana Menteri bagi menangani kesan banjir di wilayah tengah negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vietnam
#hujan lebat
#banjir
#hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan