Skip to main content

Malaysia

Anwar ucap tahniah kepada Vijay, nantikan kerjasama bersama

Anwar berkata Vijay kini memikul tanggungjawab yang jauh lebih besar berbanding watak yang pernah dibawakan beliau di layar perak. - Foto AP
Anwar berkata Vijay kini memikul tanggungjawab yang jauh lebih besar berbanding watak yang pernah dibawakan beliau di layar perak. - Foto AP
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pelakon popular yang kini bergelar ahli politik, C Joseph Vijay atas pelantikannya sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu.

Menerusi kenyataan pada Selasa, Anwar berkata Vijay kini memikul tanggungjawab yang jauh lebih besar berbanding watak yang pernah dibawakan beliau di layar perak.

"Selama bertahun-tahun, pelakon terkenal itu mendapat sokongan peminat menerusi watak yang sering menentang ahli politik korup dan penjenayah dalam filem lakonannya.

Advertisement

Beliau turut menyifatkan slogan “Oru Viral Puratchi” atau “revolusi satu jari” yang dibawa Vijay kini berada di ambang mencipta sejarah, "katanya.

Anwar berkata Malaysia dan Tamil Nadu mempunyai hubungan sejarah, budaya serta hubungan rakyat yang erat merentasi generasi.

Advertisement

“Saya menantikan kerjasama rapat dengan Ketua Menteri Vijay pada tahun-tahun mendatang,” ujarnya.

Vijay mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu Jumaat lepas selepas parti Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK) berjaya memperoleh sokongan majoriti.

 

Must Watch Video

Advertisement