awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Hasutan di media sosial: Tiga lelaki India ditahan - Polis KL
Malaysia-India kukuhkan hubungan dua hala dengan pemeteraian 11 dokumen kerjasama utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat di Beijing ragut 30 nyawa, lebih 80,000 dipindahkan

Astro Awani
Astro Awani
29/07/2025
06:00 MYT
Hujan lebat di Beijing ragut 30 nyawa, lebih 80,000 dipindahkan
Pandangan udara menunjukkan kawasan ladang yang dinaiki air bersebelahan Sungai Chao susulan hujan lebat di daerah Miyun, Beijing, China pada 28 Julai 2025. —Foto REUTERS
BEIJING: Sekurang-kurangnya 30 orang dilaporkan maut di Beijing susulan hujan lebat luar biasa yang melanda ibu negara China hujung minggu lalu, menurut agensi berita Xinhua.

Ringkasan AI
  • Hujan lebat luar biasa di Beijing menyebabkan sekurang-kurangnya 30 kematian, dengan daerah Miyun paling terjejas dan lebih 80,000 penduduk telah dipindahkan.
  • Hujan ekstrem sehingga 543.4 mm menyebabkan kerosakan besar pada infrastruktur termasuk jalan raya, komunikasi, dan bekalan elektrik di 136 kampung.
  • Presiden Xi Jinping arahkan operasi menyelamat dipertingkatkan, manakala amaran banjir dan hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Beijing serta wilayah sekitar seperti Hebei, Jilin dan Shandong.

Kebanyakan korban berlaku di kawasan pergunungan utara bandar itu, dengan daerah Miyun mencatatkan 28 kematian dan dua lagi di Yanqing.
Setakat tengah malam Isnin, lebih 80,000 penduduk telah dipindahkan dari kawasan berisiko tinggi.
Beijing merekodkan jumlah hujan ekstrem sehingga 543.4 mm di beberapa kawasan utara, menyebabkan kerosakan besar pada jalan raya, rangkaian komunikasi, dan gangguan bekalan elektrik di 136 kampung.
Presiden China, Xi Jinping mengarahkan operasi menyelamat dipertingkatkan bagi mengurangkan risiko korban tambahan.
Amaran banjir dan hujan tahap tertinggi telah dikeluarkan, dengan penduduk diminta kekal di dalam rumah.
Hujan lebat turut menjejaskan wilayah sekitar seperti Hebei, Jilin dan Shandong, meningkatkan risiko banjir dan tanah runtuh di kawasan terjejas.
Topic Berkaitan
#banjir
#Beijing
#hujan lebat
#Xi Jinping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan