HUJAN lebat mula membasahi beberapa kawasan di Australia termasuk kawasan yang terkesan kebakaran hutan seperti New South Wales dan Queensland pada Sabtu.
Lapor media tempatan, keadaan tersebut turut menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan.
Di Selatan Queensland misalnya, taburan hujan berukuran 300 milimeter direkodkan sehingga memaksa pihak berkuasa menutup jalan utama dan Taman Tema di Gold Coast.
Manakala di Bandar Murwillumbah di New South Wales, yang sebelum ini dilanda kemarau, 173 milimeter hujan direkodkan di bandar itu sehingga menyebabkan banjir kecil.
Menurut Biro Meteorologi, Peter Markworth, kejadian itu disifatkan sebagai fenomena yang jarang berlaku.
“Kita menyaksikan fenomena yang jarang berlaku terutamanya di selatan Queensland. Walaupun hanya beberapa kawasan sahaja yang direkodkan mempunyai taburan hujan yang tinggi, ia masih tidak meluas (ke kawasan kebakaran lain),” ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, api kebakaran masih lagi merebak di kawasan Victoria dan amaran kecemasan terus diaktifkan.
Kebakaran hutan di Australia telah menyebabkan sekurang-kurangnya 28 maut sejak September lalu.
Ia turut memusnahkan lebih daripada 2,600 kediaman dan merosakkan lebih daripada 10.3 juta hektar kebanyakannya di New South Wales.
BACA: Perlu usaha global menangani kebakaran di Australia - Tun Mahathir
Agensi
Sat Jan 18 2020

Beberapa kawasan lapang di Gold Coast, Australia, banjir susulan hujan lebat yang turun pada Sabtu, 18 Jan, 2020. (Foto AP)
![[INFOGRAFIK] Kronologi Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur - Singapura [INFOGRAFIK] Kronologi Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur - Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/28294374291610943225656/1886054_8967789641610943263788_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kronologi Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur - Singapura
nfografik fakta Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur - Singapura

Anak gajah ditemui mati, dipercayai dilanggar kenderaan berat
Anak gajah itu dianggarkan berusia empat hingga lima tahun.

Siasatan menyeluruh dakwaan kerosakan di kawasan Air Terjun Tanjung Batu, Segari
Kerajaan negeri juga mengarahkan supaya sebarang kerja-kerja di kawasan tersebut dihentikan sementara menunggu hasil siasatan.

Peperiksaan utama: Pelajar perlu anggap ia sebagai permainan, kurang tekanan
Pelajar yang bakal menduduki peperiksaan dinasihatkan untuk menganggap ia sebagai satu permainan.

Banjir Sabah: 9 daerah masih terjejas, 673 mangsa dipindahkan
Sehingga pagi Isnin, seramai 673 mangsa dipindahkan, berbanding 348 yang dilaporkan petang kelmarin.

Tiga rakan dituduh bunuh lelaki
1 Januari lalu, mayat seorang lelaki yang dikehendaki polis dijumpai orang awam di kawasan belukar berhampiran sebuah kuil di Tanjung Rambutan, dengan kesan tetakan.

Annuar Musa saran Zahid Hamidi pimpin UMNO hingga tamat penggal
Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk disarankan supaya berehat memimpin parti itu dengan rasa hormat.

AWANI Ringkas: Gesaan pembangkang kepada MKN | Amaran MetMalaysia di Sabah dan Sarawak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

Wanita didakwa pukul kucing bunting dengan besi hingga mati
Dia dituduh dengan kejam memukul seekor kucing betina berwarna jingga dan seekor anak kucing betina berwarna putih-kelabu dengan sebatang besi.

Baiki SOP, benarkan restoran beroperasi selepas 8 malam - Ahli Parlimen pembangkang
Ahli Parlimen pembangkang menggesa MKN untuk memperbaiki SOP tersebut kerana ia memberi kesan kepada para peniaga yang hanya bergantung kepada pendapatan harian mereka.

Terbuka Australia: Empat kes positif COVID-19 dikesan
Dua kes positif COVID-19 dikenal pasti dalam penerbangan dari Los Angeles dan satu dari Abu Dhabi.

Terbuka Australia: 47 pemain jalani kuarantin
Seramai 24 pemain dalam pesawat sewa khas dari Amerika Syarikat ke Melbourne diarahkan menjalani kuarantin selama dua minggu.

COVID-19: Dua peserta Terbuka Australia diasingkan
Kira-kira 1,200 pemain dan kakitangan tiba di Melbourne menjelang Grand Slam Terbuka Australia, bermula 8 Februari depan.

Kecoh tapi lega... Merpati ini terlepas 'hukuman mati' di Australia
Satu kempen di Twitter juga dilancarkan untuk menyelamatkan merpati itu, yang diberi nama Joe.

COVID-19: Kerajaan Australia pertahan tindakan menggunakan AstraZeneca
Ketua Pegawai Kesihatan Australia Paul Kelly berkata, beliau sudah berputus asa bagaimana untuk meyakinkan golongan anti-vaksin di Australia

WHO umum pasukan saintis akan ke China kaji asal usul COVID-19
Selepas tertangguh beberapa minggu, pasukan saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan ke Wuhan, China untuk misi kenal pasti punca virus COVID-19.

Zahirah Macwilson selamat melahirkan anak lelaki
Tahniah diucapakan kepada Aiman dan Zahirah!

Australia ubah lirik lagu kebangsaan
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berharap perubahan itu dapat mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan warganya.

Kartel daging: Proses pendaftaran syarikat perlu diperketatkan elak kecurian identiti - PPIM
Mengesan dan menangkap individu yang terlibat dalam syarikat dikaitkan dengan kartel daging adalah penyelesaian jangka pendek yang diambil pihjak berkuasa.

Kartel daging: Australia sedia beri kerjasama, sentiasa patuhi piawai - Pesuruhjaya Tinggi
Sebagai pengeksport terbesar daging sejuk beku ke Malaysia, kerajaan Australia akan sentiasa memastikan semua produk termasuk daging yang memasuki Malaysia memenuhi segala piawaian yang ditetapkan.