KUALA LUMPUR : Mahkamah Rayuan Singapura menolak rayuan pelaksanaan hukuman mati membabitkan warga Malaysia dari Sabah, yang mempunyai tahap IQ rendah, Pausi Jefridin dan seorang warga Singapura, Roslan Bakar. 

Pausi, 37, dan Roslan, 51, dijadual menjalani hukuman mati pada 16 Februari lalu atas kesalahan mengedar dadah pada 2010.

Semalam pada sebelah paginya, Mahkamah Tinggi Singapura membenarkan penangguhan interim hukuman mati Pausi dan Jefridin, susulan satu rayuan yang difailkan peguam, Charles Yeo

Namun, permohonan rayuan pelaksanaan hukuman mati kemudiannya ditolak panel tiga hakim Mahkamah Tingi pada petang Rabu.

Roslan dan Pausi masing-masing didakwa terlibat dengan pengedaran dadah melibatkan 96.07 gram dadah jenis heroin pada 14 Jun 2008 yang memperuntukkan hukuman mati terhadap mereka.

Proses memfailkan rayuan ini juga telah didengar pihak mahkamah dan ditolak pada 17 Mac 2011 dan 30 November 2015 selepas permohonan Roslan untuk mendapatkan perbicaraan semula ditolak.

Kedua-dua mereka telah melakukan permohonan kepada mahkamah agar menerima hukuman penjara seumur hidup selepas mendakwa mereka mempunyai tahap pemikiran yang rendah.

Pakar psikiatri sebelum ini, menyatakan tahap IQ bagi Pausi dan Roslan berada pada kategori kurang upaya intelek.

BACA: Warga Malaysia IQ rendah bakal jalani hukuman gantung di Singapura

Dadah | Warga Malaysia jalani hukuman mati di Singapura

Bagaimanapun mahkamah ketika sesi perbicaraan pada 13 November 2017 menganggap kedua-dua tertuduh mempunyai tahap pemikiran yang normal apabila menyedari kesalahan yang dilakukan mereka.

Perkara itu dapat dilihat menerusi sesi keterangan yang mempamerkan keupayaan mereka yang tidak mempunyai banyak perbezaan berbanding individu yang mempunyai tahap IQ normal berhubung salah laku dadah.