awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hussein Al-Sheikh dilantik Timbalan Pengerusi PLO, Naib Presiden Palestin

Bernama
Bernama
27/04/2025
03:10 MYT
Hussein Al-Sheikh dilantik Timbalan Pengerusi PLO, Naib Presiden Palestin
Hussein Al-Sheikh dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif dan Naib Presiden Palestin. - Gambar fail AP
RAMALLAH: Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), secara rasmi meluluskan pelantikan Hussein Al-Sheikh sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif dan Naib Presiden Palestin.
Pelantikan itu, yang dicadangkan oleh Presiden Mahmoud Abbas dibuat susulan keputusan Majlis Pusat Palestin pada sesi ke-32 yang diadakan di Ramallah pada 24 April lalu.
Dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif yang dipengerusikan oleh Abbas, ahli-ahli turut meneliti hasil sesi Majlis Pusat dan membincangkan langkah praktikal untuk melaksanakan keputusannya.
Abbas menegaskan komitmen untuk melancarkan dialog nasional menyeluruh yang akan diketuai oleh jawatankuasa bersama yang terdiri daripada Jawatankuasa Eksekutif dan Jawatankuasa Pusat Fatah, melibatkan semua puak Palestin bagi mencapai perdamaian dan memperkukuh perpaduan nasional.
Beliau juga memberi taklimat kepada jawatankuasa itu mengenai usaha politik yang akan datang untuk menghentikan pencerobohan Israel yang berterusan dan apa yang disifatkannya sebagai perang pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza.
Abbas menekankan keperluan mendesak untuk mempercepatkan penghantaran bantuan kemanusiaan dan perubatan serta memulihkan semula tadbir urus penuh Palestin di wilayah itu.
Beliau berkata, pengunduran sepenuhnya tentera Israel diperlukan untuk memulakan proses politik ke arah menamatkan penjajahan dan menubuhkan negara Palestin merdeka dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara.
Jawatankuasa Eksekutif dijadualkan bermesyuarat semula Sabtu depan untuk memilih Setiausaha Agung baharu daripada kalangan ahlinya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hussein al-Sheikh
#Pertubuhan Pembebasan Palestin
#PLO
#Naib Presiden Palestin
#Mahmoud Abbas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan