awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibadah umrah dibenar mulai 1 Nov, 10,000 jemaah dianggarkan tiba di Arab Saudi setiap minggu

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
26/10/2020
14:51 MYT
Ibadah umrah dibenar mulai 1 Nov, 10,000 jemaah dianggarkan tiba di Arab Saudi setiap minggu
Kerajaan Arab Saudi membenarkan jemaah menunaikan umrah secara berperingkat bermula 1 November ini dan dianggarkan 10,000 jemaah akan tiba di negara itu setiap minggu untuk mengerjakan umrah. - Gambar REUTERS
KUALA LUMPUR:Bermula November ini, lebih 500 syarikat pengedali umrah yang terjejas akibat COVID-19 boleh menarik nafas lega selepas kerajaan Arab Saudi membenarkan untuk menerima jemaah menunaikan ibadah itu secara berperingkat.
Syarikat penerbangan Saudi juga mengumumkan pembukaan semula 33 destinasi pelancongan dari negara zon hijau yang tidak terjejas akibat COVID-19 dan berjaya menangani wabak itu dengan cemerlang.
Dianggarkan 10,000 jemaah akan tiba di negara itu setiap minggu untuk mengerjakan umrah.
Kementerian itu juga menetapkan hanya jemaah berusia antara 18 hingga 50 tahun boleh menunaikan umrah dan ia selari dengan syarat yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.
Setiap individu mesti mengemukakan sijil ujian saringan yang mengesahkan mereka negatif COVID-19 dan ujian tersebut haruslah tidak melebihi 72 jam sebelum tempoh masa penerbangan.
Jemaah yang datang dari luar negara juga akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil iaitu sekurang-kurangnya 50 orang dalam satu masa.
Semua aktiviti hendaklah dijalankan secara berkumpulan dan dibuat secara tempahan termasuk bagi tarikh tertentu mengerjakan umrah dan menziarahi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Seorang mutawwif akan dilantik bagi setiap kumpulan dan ejen di Arab Saudi dikehendaki mematuhi semua prosedur sebagaimana pakej perkhidmatan yang ditawarkan.
Topic Berkaitan
#umrah
#Arab Saudi
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#Negara Zon Hijau
#Masjidil Haram
#Masjid Nabawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan