SEORANG doktor di North Yorkshire, England yang kematian suami mengaku menjalinkan hubungan sulit dengan lebih 80 lelaki yang sudah berkahwin.

Louise Van Der Velde, 43 tahun, dari Harrogate itu mengakui dia menikmati kehidupannya walaupun terpaksa membahagikan kasih sayang dengan banyak kekasih 'gelapnya'.

Menurut Metro.uk, Louise yang juga merupakan pakar terapi seks mengakui kesemua isteri kekasih 'gelapnya' itu tahu mengenai hubungan sulit Louise dan suami mereka.

Namun mereka memillih untuk menutup sebelah mata kerana mereka sudah tidak mampu lagi untuk memenuhi keperluan suami masing-masing.

Louise menambah, setiap manusia perlu mengamalkan kehidupan yang positif dan mengamalkan kehidupan seks yang hebat dan adalah rugi bagi seseorang itu sekiranya hanya menjalinkan hubungan seks dengan seorang lelaki.

Baginya, sambutan perayaan-perayaan yang besar seperti Hari Valentine, Krismas dan cuti musim panas adalah waktu yang terbaik untuk lelaki dan perempuan berlaku curang dan menjalin hubungan seks.

Selain itu, baginya adalah normal bagi seseorang suami berlaku curang kerana kebanyakkan isteri sudah tidak lagi berminat menjalin hubungan seks disebabkan faktor usia dan ini menyebabkan nafkah batin para suami terganggu.

Walaupun menjalin hubungan dengan ramai lelaki, namun Louise masih belum berhajat untuk berkahwin semula.