awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu cekik bayi perempuan hingga mati akibat kecewa

Agensi
Agensi
04/06/2019
23:59 MYT
Ibu cekik bayi perempuan hingga mati akibat kecewa
Seorang ibu ditahan selepas dipercayai memukul dan mencekik bayi perempuannya berusia 10 hari sehingga maut dalam kejadian di India. - Gambar hiasan
Seorang ibu ditahan selepas dipercayai memukul dan mencekik bayi perempuannya berusia 10 hari sehingga maut dalam kejadian di Vrundavan Nagar, India, baru-baru ini.
Anuja Kale, 26 tahun, memukul bayinya, Piyu menggunakan objek tumpul akibat kecewa selepas kelahiran kali ketiganya gagal mendapatkan anak lelaki.
Mengikut adat di negara itu, anak lelaki memiliki darjat yang lebih tinggi dan mulia berbanding perempuan.
“Dia amat kecewa kerana bayi ketiga merupakan perempuan. Kejadian berlaku semasa suaminya, Balasaheb Kale tidak berada di rumah.
“Selepas kejadian, wanita berkenaan menghubungi suaminya memberitahu bayi mereka tidak bergerak. Bayi itu kemudiannya dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia sebaik tiba untuk mendapatkan rawatan,” kata sumber polis kepada India Today.
Bagaimanapun, suaminya kemudian berasa curiga atas kejadian yang menimpa bayi mereka dan meminta pihak hospital melakukan pemeriksaan ke atas mangsa.
“Hasil pemeriksaan mendapati bayi malang itu telah dipukul di kepada sebelum mengalami sesak nafas.
“Pihak polis kemudian bertanya kepada wanita berkenaan sebelum dia akhirnya mengaku telah membunuh bayinya. Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh,” kata polis.
Topic Berkaitan
#bayi
#bunuh
#Hospital
#India
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan