awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya

Astro Awani
Astro Awani
03/05/2024
23:45 MYT
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
Pendakwa raya ICC Karim Khan berkata pihaknya sedang menyiasat dakwaan jenayah perang di Gaza. - Foto fail/REUTERS
THE HAGUE: Pejabat Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) minta supaya tindakan menakut-nakutkan kakitangannya dihentikan.
Ia sifatkan ancaman berkenaan sebagai satu kesalahan terhadap pengurusan keadilan.
ICC yang berpangkalan di The Hague, menerusi satu kenyataan pada Jumaat meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Walaupun kenyataan tidak menamakan Israel, ia dikeluarkan selepas Israel dan Amerika Syarikat (AS) memberi amaran berkaitan impak ke atas ICC, sekiranya ia mengeluarkan waran tangkap berkaitan perang Israel di Gaza.
Jelas ICC, ia menyokong dialog dengan semua pemegang taruh selagi mana ia konsisten dengan mandat di bawah Statu Rom, iaitu untuk bersikap bebas dan tidak memihak.
Namun kebebasan itu tergugat sekiranya ada pihak mengancam ICC, atau kakitangannya yang mahu memenuhi mandat mereka.
Jelasnya di bawah Statut Rom, ia menggariskan bidang kuasa, melarang ancaman terhadap ICC dan pegawainya.
Sejak minggu lalu, media melaporkan ICC mungkin akan mengeluarkan waran tangkap ke atas Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berhubung peranannya dalam perang di Gaza.
Perkembangan tersebut mengundang reaksi Israel dan AS yang didakwa mahu campur tangan.
Topic Berkaitan
#ICC
#ancaman
#Israel
#Benjamin Netanyahu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan