KUALA LUMPUR: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice) mengarahkan Israel menghentikan serangan tenteranya di Rafah dengan serta-merta.

Keputusan itu susulan permintaan Afrika Selatan untuk  ICJ mengarahkan Israel menghentikan serangan Rafah dan berundur dari Gaza, sebahagian daripada kes yang lebih luas yang menuduh rejim Zionis itu melakukan pembunuhan beramai-ramai.

Peguam Afrika Selatan menggesa ICJ minggu lalu untuk mengenakan langkah kecemasan, dan berkata serangan Israel ke atas bandar selatan Gaza itu "mesti dihentikan" untuk memastikan kelangsungan hidup rakyat Palestin.

Keputusan ICJ ini adalah muktamad tetapi telah diabaikan sebelum ini.

Israel telah berulang kali menolak tuduhan pembunuhan beramai-ramai sebagai 'tidak berasas'.

Ia telah berhujah di mahkamah bahawa operasi di Gaza adalah mempertahankan diri dan disasarkan kepada militan Hamas yang menyerang Israel pada 7 Oktober lalu. 

Hujah yang dikemukakan oleh Presiden Nawaf Salam turut memberi tekanan bahawa langkah-langkah sementara pada Mac tidak menggambarkan situasi sebenar di Gaza, dan syarat-syarat baharu perlu untuk langkah kecemasan yang sesuai.