awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ICJ putuskan tapak kuil Preah Vihear milik Kemboja

Agensi
Agensi
11/11/2013
10:54 MYT
ICJ putuskan tapak kuil Preah Vihear milik Kemboja
Kuil purba Preah Vihear. -- AFP
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan tapak kuil purba Preah Vihear sebagai milik sah Kemboja dan mengarahkan Thailand mengundurkan tenteranya dari kawasan berkenaan.
Hakim ICJ juga berharap keputusan tersebut akan menamatkan ketegangan antara kedua-dua negara berjiran itu.
"Mahkamah sebulat suara mengisytiharkan bahawa Kemboja memiliki hak kedaulatan ke atas seluruh wilayah tapak Preah Vihear," kata presiden ICJ, Peter Tomka semasa membacakan keputusannya.
Mahkamah yang sama mengisytiharkan kuil itu sebagai milik Kemboja dalam keputusannya pada 1962.
Bagaimanapun Thailand sejak itu mempertahankan ia ada hak kedaulatan ke atas tanah di sekitar kuil berkenaan yang berkeluasan hampir 5 kilometer persegi.
Pertikaian wilayah selama beberapa dekad ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 28 orang dalam beberapa siri keganasan sejak 2011.
Ia juga mengakibatkan puluhan ribu penduduk terpaksa jadi pelarian sehingga menyebabkan Kembja mendesak ICJ mentafsir semula keputusan yang dikeluarkannya pada 1962.
Kedua-dua negara mengambil langkah berjaga-jaga menjelang keputusan yang ditunggu-tunggu ini termasuk Thailand yang menutup sekolah di kawasan sempadan.
Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra pada Ahad mengumumkan sedia berunding dengan Kemboja untuk menentukan langkah-langkah yang perlu diambil selepas pengisytiharan keputusan ICJ bagi mengelak sebarang konflik.
Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen pula menggesa semua pihak bertenang bagi memastikan tidak berlaku sebarang keganasan.
Thailand dan Kemboja sebelum ini berikrar akan mematuhi apa saja keputusan ICJ.
Topic Berkaitan
#Hun Sen
#ICJ
#kuil
#Mahkamah Keadilan Antarabangsa
#Peter Tomka
#Preah Vihear
#Yingluck Shinawatra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan